Ikuti Kami:

Plot Semakin Saspens, ‘Lie After Lie’ Sekali Lagi Rekod Sejarah Di Channel A Dengan Rating Tertinggi

Plot Semakin Saspens, ‘Lie After Lie’ Sekali Lagi Rekod Sejarah Di Channel A Dengan Rating Tertinggi

Semakin mendebarkan plot “Lie After Lie”, semakin tinggi rating yang dicatatkan oleh drama ini.

Sinopsis “Lie After Lie”

Drama ini membawa kisah Ji Eun-soo (Lee Yu-ri) ialah menantu kepada sebuah keluarga kaya yang berpengaruh. Tanpa disangka, hidupnya berubah kelam selepas dituduh sebagai dalang kepada kematian suaminya. Selepas keluar daripada penjara, wanita tersebut berusaha sedaya upaya supaya dapat mengambil kembali anak perempuannya.

Menggunakan peluang yang ada, dia mendekati Kang Ji-min (Yeon Jeong-hun) yang menjaga anaknya kini sebagai anak angkat. Meskipun lelaki itu dingin dan beku, Ji Eun-soo berpura-pura mencintai Kang Ji-min dengan harapan untuk menjadi isterinya sekaligus ibu tiri kepada anaknya sendiri.

lie after lie cipta sejarah channel A

Pecah rekod sekali lagi

Nampaknya penonton juga semakin tak senang duduk apabila menyaksikan Ji Eun-soo yang semakin rapat dengan Kang Ji-min namun dalam masa yang sama, rakan baik wanita itu iaitu Kim Yeon-joon (Kwon Ha-woon) turut nekad untuk merebut hatinya

Semakin ramai nampaknya yang terpaut dengan plot “Lie After Lie” sehinggakan drama ni sekali memecah rekod peribadi ratingnya dalam dalam masa yang sama turut mencipta rekod baru di saluran Channel A. Walhal naskhah ini turut melakukan hal yang sama pada beberapa episod lepas.

lie after lie cipta sejarah channel A

Menurut Nielsen Korea, drama lakonan Lee Yu-ri dan Yeon Jung-hoon ini mencapai rating tertinggi pada episod terbarunya dengan catatan purata 4.5% di seluruh negara manakala 5.1% di kawasan metropolitan Seoul.

Semakin dahsyat ya drama “Lie After Lie ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...