Ikuti Kami:

Plot Penculikan Berbelit Mendebarkan, Episod Awal ‘The Tragedy Of One’ Raih Rating Baik

Plot Penculikan Berbelit Mendebarkan, Episod Awal ‘The Tragedy Of One’ Raih Rating Baik

Mendebarkan betul apabila menonton drama “The Tragedy Of One” yang baru sahaja bersiaran kelmarin.

Sinopsis

Drama misteri ini mengisahkan insiden tragik yang mengambil tempat pada satu malam yang dibasahi hujan lebat. Dalam keheningannya, ia menyelubungi kejadian tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai rahsia yang berbelit dan mengakibatkan banyak lagi tragedi lain.

Episod awal mengejutkan

[Amaran SPOILER]

Merupakan penyampai berita yang disegani ramai kerana sering membongkar sisi gelap Korea, Bae Soo-hyun (Ji Jin-hee) walaubagaimanapun berdepan saat mencemaskan apabila anaknya diancam bahawa selepas dia menyediakan pendedahan hebat mengenai satu dana tersorok bagi menampung kempen ADUN Hwang Tae-seop (Kim Roi-ha).tvn the tragedy of oneRentetan penculikan itu membawa sehingga ke penemuan mayat budak lelaki lain sekaligus membuatkan penonton tak senang duduk sepanjang episod awal drama ini. Malah ia menimbulkan persoalan siapakah dalang yang bermatian mahu menghentikan pendedahan Bae Soo-hyun itu kerana terlalu banyak suspeknya.tvn the tragedy of one

Rating baik

Menunjukkan prestasi yang baik, “The Tragedy Of One” berjaya meraih rating baik untuk dua episod awalnya iaitu 3.365% dan 3.970%. Satu catatan yang membanggakan buat drama baru yang ditayangkan di saluran kabel.

Mungkin kerana plot yang mendebarkan, namun lakonan hebat Ji Jin-hee, Yoon Se-ah dan Kim Hye-eun ternyata membuatkan penonton mendalami pembukaan drama itu dengan mendalam.

Siapa yang minat dengan drama seperti “The Tragedy Of One”, jangan terlepas menonton pada setiap Rabu dan Khamis di tvN.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...