Ikuti Kami:

“Plot & Pelakon ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Best, ‘The King: Eternal Monarch’ Jauh Lebih Teruk” – Sara Ali

“Plot & Pelakon ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Best, ‘The King: Eternal Monarch’ Jauh Lebih Teruk” – Sara Ali

Kehebatan drama “It’s Okay To Not Be Okay” ini bukan sahaja mampu memikat hati ramai penonton tempatan malah ianya dah berjaya buat hati seorang pelakon Malaysia turut terpaut. Menurut pelakon Sara Ali, plot cerita dan lakonan kesemua pelakon drama popular itu haruslah dipuji.

Betul seperti apa yang Sara jelaskan di mana kekuatan naskhah itu bukan sahaja bersandar kepada skrip semata-mata namun ianya dikuatkan lagi oleh setiap daripada pelakon utamanya iaitu Oh Jung-se, Kim So-hyun dan Seo Ye-ji.

sara ali puji it's okay to not be okay

Pelakon wanita itu juga tidak lupa untuk menabur pujian melambung kepada pengarah serta krew produksi yang menjadi tulang belakang kepada “It’s Okay To Not Be Okay” sehingga dapat menarik perhatian penonton di Korea dan juga serata dunia.

Kekuatan cerita ni bukan disebabkan skripnya sahaja, pelakon mainkan peranan yang penting. Ketiga-tiga pelakon ini langsung tidak memberi ruang untuk kita memilih siapa yang kita akan suka.

Saya suka semua. Saya rasa pengarah dan team produksi pun memainkan peranan kuat untuk cerita ni. A-team! Love story tak klise.

populariti it's okay to not be okay

Tak cukup dengan itu, Sara juga melakukan perbandingan drama tersebut dengan sebuah sahaja drama fantasi lain yang baru sahaja menamatkan tayangan tak lama dulu. Menurut pelakon itu, “The King: Eternal Monarch” merupakan sebuah karya yang tidak dilengkapi dengan jalan cerita yang kemas.

Malah Sara turut mengatakan bahawa penonton sepertinya tidak kisah dengan lakonan pelakon utama drama tersebut iaitu Lee Min-ho yang kelihatan agak teruk. Namun begitu dia sempat melemparkan pujian pada Kim Go-eun dan Woo Do-hwan yang menonjolkan mutu lakonan yang baik.

The King: Eternal Monarch jauh memang lebih teruk. Banyak ruang kosong yang sampai sekarang buat penonton lost along the way.

Tapi disebabkan semua die hard fan Lee Min-ho, sampai lakonan dia yang teruk pun orang ketepikan. Yang bagus pun sebab ada Kim Go-eun dan Woo Do-hwan je.

sara ali kritik the king: eternal monarch

Sebagai seorang pelakon, sudah pasti Sara mempunyai pengalaman yang cukup untuk menilai kedua-dua drama ini.

Apa-apa pun “It’s Okay To Not Be Okay” dan “The King: Eternal Monarch” mempunyai tarikan yang tersendiri dan mempunyai peminatnya sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...