Ikuti Kami:

Plot Menghiburkan, Episod Awal ‘Police University’ Catat Rating Memuaskan

Plot Menghiburkan, Episod Awal ‘Police University’ Catat Rating Memuaskan

Drama mengenai akademi kepolisan? Macam best sahaja!

Sinopsis

Drama ini menceritakan siasatan yang kelam-kabut berlaku apabila Yoo Dong-man (Cha Tae-hyun) seorang profesor di universiti kepolisan elit bergabung tenaga dengan dua pelajarnya. Seorang ialah Kang Sun-ho (Jin-young), si bijak pandai dan si penggodam, Oh Kang-hee (Krystal).

Permulaan menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Gabungan di antara Kang Sun-ho yang bijak tapi huru-hara dan Oh Kang-hee yang tegas namun comel nyata membuatkan hati penonton berbunga-bunga melihat mereka. Mempunyai personaliti yang berbeza, tapi hubungan keduanya pasti akan menjadi tonggak penting di dalam drama ini nanti.kbs police universityMalah impian Kang Sun-ho untuk menjadi polis sebenarnya dilahirkan apabila dia terinspirasi dengan gadis idamannya sudah lama mengejar cita-cita itu, Secara tak langsung, dia juga mempunyai impian yang sama. Walaubagaimanapun, hubungannya mula berbelit dengan Yoo Dong-man apabila profesor itu rupanya pernah bersembang dengannya secara atas talian bagi menyelesaikan beberapa kes.

Bukan itu sahaja, Yoo Dong-man juga melalui saat genting dalam hidup apabila dirinya yang langsung tak mahu mengikut prosedut ditetapkan telah ditendang untuk mengajar di akademi kepolisan itu dan berjumpa dengan Kang Sun-ho sebagai pelajar dan guru.kbs police university

Rating baik

“Police University” ternyata mendapat perhatian ramai bermula daripada awal tayangannya lagi.

Meraih rating 5.2% semasa episod pertama, ianya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila episod kedua merekodkan catatan sebanyak 6.5%. Nampak gayanya, mungkin rating drama ini akan terus meningkat pada episod akan datang nanti, setuju tak?

Memang menghiburkan, jadi anda jangan terlepas menonton “Police University” pada setiap Isnin dan Selasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...