Ikuti Kami:

Plot Kian Romantik, ‘Crash Course In Romance’ Raih Rating Tertinggi Cecah 13%

Plot Kian Romantik, ‘Crash Course In Romance’ Raih Rating Tertinggi Cecah 13%

Setelah 10 episod ditayangkan, plot “Crash Course In Romance” kian menarik kini.

Terbaru pada 12 Februari, episod ke-10 drama “Crash Course In Romance” telah disiarkan, di mana watak Haeng-seon (Jeon Do-yeon) dan Chi-yeol (Jung Kyung-ho) dilihat semakin jujur dengan perasaan sayang mereka terhadap satu sama lain.

Khususnya dalam episod tersebut, Hae-yi (Roh Yoon-seo) telah mendedahkan menerusi siaran langsung bahawa Haeng-seon ialah wanita bujang kerana dia bukanlah ibu kandungnya, bagi menutup mulut orang ramai yang menuduh wanita yang menjaganya itu mempunyai skandal dengan Chi-yeol.

Kemudian, Chi-yeol yang mabuk selepas minum bersama rakannya, dibawa pulang ke rumah oleh Jae-woo iaitu adik kepada Haeng-seon. Setibanya di rumah, lelaki itu membayangkan Haeng-seon di depannya dan perlahan-lahan mendekati serta menciumnya. Meskipun pada awalnya penonton meanggap ia hanyalah mimpi Choi Chi-yeol, namun di hujung episod telah didedahkan bahawa adegan itu memang terjadi di realiti.

tvn crash course in romance

Dengan plot yang semakin menarik ini, rating drama tersebut turut meningkat naik mencecah 13.5% secara purata di seluruh negara, memecahkan rekod peribadi drama itu.

Bukan itu sahaja, naskhah tersebut juga telah mendapat tempat pertama dalam rating penonton di zon waktu yang sama, merentas semua saluran televisyen.

Tak sabar nak tonton episod seterusnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...