Ikuti Kami:

Plot Disukai Penonton, Rating Episod Terbaru ‘Sell Your Haunted House’ Pecah Rekod Peribadi

Plot Disukai Penonton, Rating Episod Terbaru ‘Sell Your Haunted House’ Pecah Rekod Peribadi

Awalnya macam ragu-ragu tapi siapa sangka drama “Sell Your Haunted House” merupakan naskhah yang best amat!

Membawa kisah ejen hartanah yang menghalau hantu dan roh jahat daripada hartanah yang mempunyai sejarah kes kematian. Saksikan pengusir roh, Hong Ji-ah (Jang Na-ra) dan seorang penipu, Oh In-bum (Jung Yong-hwa) bekerjasama bagi menghalau kesemua anasir jahat ini kembali ke tempat asal mereka.

Rata-rata penonton memang puji habis plot yang dibawakan oleh drama ini, malah mereka sukakan perkembangan setiap cerita pada saban episod. Bukan itu sahaja, sinematografi yang memukau di dalam drama ini membuatkan setiap roh dan latar belakang mistik yang dipaparkannya nampak realistik dan benar.

kbs sell your haunted house

Lakonan Jang Na-ra sebagai Hong Jia-h yang gagah dan berani juga membuktikan bahawa wanita ini mampu membawa watak yang lain daripada selalunya. Bahkan Jung Yong-hwa juga dipuji kerana menampilkan persembahan lakonan yang baik berbanding drama lakonannya sebelum ini.

Disebabkan oleh pelbagai faktor positif ini, “Sell Your Haunted House” sering menunjukkan catatan rating yang baik pada saban episod. Membanggakan apabila episod terbaru iaitu episod 11 telah mencatatkan rating terbaik (6.5%) sepanjang tayangannya.

Rasanya drama ini akan terus mencipta rekod yang baik nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...