Ikuti Kami:

Plot Dipuji & Raih Rating Tinggi, Skrip ‘Beyond Evil’ Disemak Individu Penting Dalam Institusi Kepolisan

Plot Dipuji & Raih Rating Tinggi, Skrip ‘Beyond Evil’ Disemak Individu Penting Dalam Institusi Kepolisan

Drama “Beyond Evil” sememangnya merupakan antara naskhah thriller psikologi yang disukai ramai kini. Walaupun dah melabuhkan tirai bebrapa hari yang lepas namun ianya maish lagi meniti di bibir peminat K-Drama.

Menurut penonton, drama lakonan Shin Ha-kyun dan Yeo Jin-goo ini hebat kerana tiada satu episod pun yang mendatar. Bahkan bahagian awal, pertengahan dan penghujungnya dipenuhi pelbagai kejutan dan debaran sehingga semuanya tak senang duduk.

Disebabkan terlalu sempurna, rata-rata penonton memilih “Beyond Evil” sebagai antara drama terbaik untuk tahun 2021. Bukan sahaja plot tapi lakonan kesemua barisan pelakon naskhah ini juga harus diberikan pujian kerana penghayatan mereka nyata menghidupkan setiap watak tanpa sebarang kekurangan pun.

jtbc beyond evil

Kalau anda nak tahu, “Beyond Evil” berjaya mencapai sehingga tahap kesempurnaan yang hebat ini adalah kerana pihak produksi terutamanya penulis skrip dan pengarah yang membanting tulang bagi mencipta plot yang padat dan sahih.

Buktinya, drama thriller psikologi ini menggunakan khidmat ramai pakar daripada pelbagai bidang untuk melengkapkan skripnya. Mereka mempunyai 8 orang penasihat skrip dan 6 orang penasihat produksi yang terdiri daripada individu penting seperti ketua polis, sarjan, Bahagian Siasatan Saintifik, Pegawai Perhubungan Awam di Agensi Polis Kebangsaan, Jurucakap Agensi Polis Kebangsaan dan bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri. Wow!

jtbc beyond evil

Sebab itulah, tiada babak yang tangkap muat sahaja di dalam drama ini. Hebat kan? Malah ianya ternyata popular dalam kalangan peminat K-Drama memandangkan saban episodnya menerima rating yang baik dan ianya tamat dengan rating tertinggi sepanjang tayangan dengan catatan 5.991%.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...