Ikuti Kami:

Plot Bikin Sakit Hati, Ini 10 K-Drama Ada Jalan Cerita Balas Dendam

Plot Bikin Sakit Hati, Ini 10 K-Drama Ada Jalan Cerita Balas Dendam

Korang tahu tak sebenarnya K-Drama ini mempunyai pelbagai genre dan salah satu daripadanya adalah plot tentang pembalasan dendam.

Kalau korang nak tahu drama mana yang ada plot balas dendam, jom KimchiDaily kongsikan:

1. The Penthouse

the penthouse kdrama

Korang ingat tak pada tahun 2020, kita disajikan dengan drama yang bikin semua orang panas hati bila menontonnya? Kalau korang nak tahu, drama tersebut berjudul “The Penthouse”.

Kepada yang belum menonton drama ini, “The Penthouse” mengisahkan tentang perjalanan orang biasa yang terpaksa menghadap kuasa orang-orang kaya yang sering bongkah akan kehidupan mereka. Kemudian, kehidupan orang kaya menjadi huru-hara disebabkan kematian seorang gaduh yang dikatakan ditolak oleh Oh Yoon-hee demi mencapai impian anaknya memasuki sekolah berprestij. Disebabkan mereka telah menuduh dirinya menolak gadis tersebut, pada musim kedua dan ketiga dia bangkit untuk pembalasan dendam.

Untuk maklumat, drama “The Penthouse” ini mempunyai 3 musim dan ianya telah menerima pelbagai reaksi oleh peminat drama tersebut.

2. Reborn Rich

reborn rich

Gandingan hebat antara dua pelakon iaitu Song Joong-ki dan Lee Sung-min telah berjaya menarik peminat K-Drama untuk menonton drama “Reborn Rich”.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah tentang seorang setiausaha iaitu Yoon Hyeo-woo yang bekerja untuk keluarga yang kaya-raya dan telah mati dituduh melakukan penyelewengan. Kemudian dia dibangkitkan semula menjadi cucu bongsu kepada keluarga kaya itu untuk membalas dendam terhadap mereka.

Kalau korang nak tahu, drama ini telah berjaya mendapat rating yang tertinggi dari drama “Sky Castle” dan juga berjaya mengalahkan drama “Extraordinary Attorney Woo”. Terbukti, korang wajib tonton drama “Reborn Rich” ni okay!

3. My Name

my name kdrama

Kepada peminat Han So-hee, korang mesti tahukan drama “My Name”? Ha, drama ini juga mempunyai unsur pembalasan dendam.

“My Name” mengikuti kehidupan seorang gadis yang bernama Yoo Ji-woo yang berubah disebabkan bapanya telah mati dibunuh oleh penjahat. Jadi, dia tekad untuk mencari pembunuh yang membunuh bapanya dengan bantuan Choi Mu-jin (lakonan Park Hee-soon). Dia berjaya memasuki pasukan polis untuk mencari maklumat siapa pembunuh bapanya.

Untuk maklumat korang, drama ini merupakan drama pendek yang mempunyai lapan episod sahaja dan korang boleh menontonnya di Netflix.

4. The Last Empress

the last empress kdrama

Drama seterusnya adalah “The Last Empress”. Drama ini juga mempunyai jalan cerita pembalasan dendam yang berjaya menarik perhatian ramai.

“The Last Empress” mengisahkan tentang keluarga diraja Korea berkahwin dengan orang biasa. Watak Oh Ssu-ni (lakonan Jang Na-ra) ialah seorang pelakon muzikal yang berkahwin dengan seorang maharaja Lee Hyuk. Disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh Oh Ssu-ni, dia menentang kuasa mutlak istana. Kemudian, penjaga maharaja iaitu Chun Woo-bin telah menyelinap masuk ke dalam istana dengan harapan untuk membalas dendam terhadap keluar diraja itu.

“The Last Empress” ini menjadi sangat popular semasa tayangannya malah mendapat sambutan yang hangat pada empat episod terakhir.

5. Mask

mask kdrama

Korang pernah dengar atau tonton tak drama yang bertajuk “Mask” pada tahun 2015? Kalau korang pernah tonton drama ini, korang memang OG peminat K-Drama.

Kepada yang belum tahu, drama “Mask” ini mengisahkan tentang Byun Ji-sook yang sering dilanda nasib yang malang. Bukan sahaja terkesan dengan kehidupannya tetapi dia terpaksa memilih antara dendam atau cintanya malah memaksa dia memakai topeng demi kepentingan dirinya.

Untuk maklumat, drama ini mempunyai 20 episod kesemuanya dan barisan artis yang membintangi drama “Mask” adalah Soo-ae, Ju Ji-hoon, Yoo In-young dan ramai lagi.

6. The Devil Judge

the devil judge

Pada tahun 2021, peminat K-Drama telah disajikan dengan drama yang pernah menjadi perbualan ramai iaitu “The Devil Judge”.

“The Devil Judge” mengisahkan tentang Kang Yo-han iaitu seorang hakim perbicaraan yang dikenali sebagai Hakim Syaitan. Dia hanya menghukum orang kaya dan berkuasa melalui perbicaraan yang disiarkan di seluruh negara. Dia turut mempunyai caranya yang tersendiri untuk memenangi permainan keadilan serta dia menentang orang yang mempunyai kuasa di Korea.

Kalau korang nak tahu, drama ini dibintangi oleh Ji-sung, Kim Min-jung, Jin-young dan Park Gyu-young sebagai teraju utama.

7. Mine

mine kdrama

Selepas sahaja drama “Vincenzo” habis ditayangkan di Netflix, kita disajikan lagi dengan drama baru berjudul “Mine” lakonan Lee Bo-young dan Kim Seo-hyung sebagai peneraju utama.

Drama “Mine” ini mengisahkan tentang wanita yang cuba untuk mencari dirinya semula dan ingin bebas dari prajudis duniawi. Kisahnya bermula dengan watak Seo Hee-soo yang merupakan bekas pelakon terkenal yang kini sudah berkahwin dengan anak kedua kepada kumpulan Hyowon. Kemudian, kakak iparnya iaitu Jung Seo-hyun sudah berkahwin dengan abang sulung kepada Seo Hee-soo. Kedua-dua wanita ini cuba mencari identiti mereka yang hilang disebabkan mereka kini sebahagian dari keluarga yang kaya-raya itu.

Korang tahu tak, sebenarnya drama ini mempunyai 16 episod sahaja tau! Nanti bila ada masa lebih tengok la drama “Mask” ini okay!

8. The World Of The Married

the world of the married

Pada tahun 2020, sebuah drama yang telah menjadi perbualan panas di media sosial iaitu “The World of the Married” berjaya meraih perhatian ramai.

Drama yang bikin semua peminat K-Drama mahupun bukan penggemar K-Drama turut menonton drama ini. “The World of the Married” mengisahkan tentang kehidupan doktor iaitu Ji Sun-woo yang pada awalnya semua begitu indah, tetapi selepas mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita simpanannya, kehidupan Ji Sun-woo berubah dan dia menanam niat untuk membalas dendam terhadap suaminya.

Sedikit informasi, drama ini mempunyai 16 episod yang membuatkan para penonton geram dengan jalan cerita drama tersebut.

9. Itaewon Class

Itaewon Class

Kepada peminat Park Seo-joon, korang mesti tahu dramanya berjudul “Itaewon Class” yang pernah menjadi perbualan ramai pada tahun 2020.

Kalau korang tahu, sebenarnya drama ini merupakan sebuah webtoon yang telah diadaptasikan. Ianya membawa kisah sekumpulan anak muda yang melawan norma masyarakat bagi membina restoran sendiri meskipun tekanan daripada kuasa besar.

Drama “Itaewon Class” ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat. Antaranya, Park Seo-joo, Kim Da-mi, Kim Dong-hae dan ramai lagi.

10. The Glory

The Glory

Drama terakhir adalah “The Glory”. Drama ini menjadi bualan ramai di seluruh media sosial kini. Bagi yang belum tahu, “The Glory” ini mempunyai dua bahagian.

Untuk maklumat korang, “The Glory” mengisahkan tentang seorang gadis miskin yang dibuli secara teruk oleh sekumpulan anak orang kaya. Disebabkan dia dibuli secara berterusan, dia bangkit untuk membalas dendam kepada mereka.

Sedikit info, drama ini telah mendapat kedudukan yang tertinggi dalam carta Netflix global di 38 buah negara termasuklah Malaysia. Drama “The Glory” berjaya disebabkan hasil dari penulisan skrip dan juga persembahan dari barisan pelakon-pelakon hebat seperti Song hye-kyo, Lee Do-hyun, Jung Sung-il, Lim Ji-yeon dan ramai lagi.

Ha, inilah 10 drama yang mempunyai plot balas dendam. Kalau korang ada pilihan sendiri untuk drama dengan genre yang sama, cer komen kat bawah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...