Ikuti Kami:

Pisahkan China & Taiwan Kepada Dua Negara, Netizen China Mahu Boikot ‘Running Man’

Pisahkan China & Taiwan Kepada Dua Negara, Netizen China Mahu Boikot ‘Running Man’

Pada 7 Disember lalu, terdapat perdebatan hangat yang berlaku di Weibo (laman media sosial popular di China) mengenai episod terbaru “Running Man”. Ianya bermula dek permainan papan ala-ala ‘Monopoly’.

Bagi yang sudah menonton, perasan tak ketika permainan papan itu, setiap ahli diminta untuk membeli tanah sekiranya mereka berada di ibu negara yang kosong. Walaupun misi itu kelakar sahaja bagi orang lain namun penduduk negara China meluahkan rasa marah kerana rancangan itu membahagikan China (Beijing) dan Taiwan (Taipei) kepada dua negara yang berbeza.

kontroversi running man

Untuk pengetahuan anda, kedua negara ini sudah lama berada dalam konflik memandangkan China yang percaya bahawa Taiwan adalah di bawah mereka manakala Taiwan pula percaya bahawa mereka adalah negara sendiri.

Disebabkan hal ini, kebanyakan warga China meniggalkan komen ada episod tersebut dan mengatakan bahawa mereka akan memboikot “Running Man”. Merupakan antara program Korea yang paling popular di China, ramai yang menantikan sama ada kontroversi ini akan memberi impak kepadanya pada masa hadapan.

kontroversi running man

Apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...