Ikuti Kami:

“Pintu Pun Kena Ada Duta?!” – Son Yejin Jadi Duta Jenama Pintu ‘Younglim’, Ramai Peminat Geli Hati

“Pintu Pun Kena Ada Duta?!” – Son Yejin Jadi Duta Jenama Pintu ‘Younglim’, Ramai Peminat Geli Hati

Tak seperti di Malaysia, selebriti di Korea banyak menjadi duta komersial untuk pelbagai barangan. Daripada barangan elektrik, perkakas rumah, penapis air, kopi serbuk dan pelbagai lagi. Buka sahaja televisyen, anda pasti akan disajikan dengan wajah para selebriti ini untuk pelbagai iklan.

Seperti yang semua sedia maklum, nama pelakon Son Ye-jin kini semakin ‘meletup’ selepas membintangi drama “Crash Landing On You” yang mencipta fenomena pada awal tahun ini. Oleh sebab itu, banyak jenama terkenal yang berebut nak jadikan wanita ini sebagai duta produk mereka.

son yejin duta pintu

Tapi yang mengejutkan apabila Son Ye-jin diumumkan sebagai duta kepada jenama pintu ‘Youngrim Moulding & Door’. Hebat betul!

Perkara ini nyata membuatkan ramai peminat yang geli hati kerana tak sangka selebriti di Korea turut menjadi duta kepada pintu, sesuatu yang sangat jarang didengari.

Jadi duta pintu pun masih lagi nampak cantik.

 

Siapa lagi yang boleh jadi duta pintu melainkan Son Ye-jin?

 

Jap kenapa pintu pun kena ada duta??

 

Nampaknya saya dah lihat semuanya. Pintu pun ada duta tersendiri.

 

Jadi, bila nak beli pintu ini?

 

Nampaknya saya kena beli pintu baru.

Tapi sebenarnya selepas dikaji, ‘Younglim’ merupakan syarikat yang menyediakan pelbagai barangan untuk interior rumah. Jadi bukanlah pintu sahaja, malahan Son Ye-jin mempromosikan pelbagai barang lain seperti kabinet dan sebagainya.

Lebih banyak yang anda pelajari mengenai dunia hiburan Korea, boleh buat garu kepala!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...