Ikuti Kami:

Pilih Untuk Tak Perbaharui Kontrak, Kesemua Ahli GOT7 Sah Tinggalkan JYP Entertainment

Pilih Untuk Tak Perbaharui Kontrak, Kesemua Ahli GOT7 Sah Tinggalkan JYP Entertainment

Selepas hanya khabar angin yang berterbangan beberapa hari ini, akhirnya JYP Entertainment mengesahkan berita bahawa kumpulan GOT7 akan meninggalkan agensi tersebut selepas 6 tahun bersama.

Pada pagi ini, agensi tersebut yang turut menjadi rumah kepada kumpulan popular seperti 2PM, TWICE dan ITZY telah mengeluarkan kenyataan,

Hello, ini adalah JYP Entertainment.

Kami telah mengadakan perbincangan mendalam dengan ahli GOT7 sebelum kontrak eksklusif mereka tamat pada 19 Januari.

Sebagai hasilnya, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak memperbaharui kontrak ini dengan harapan untuk permulaan yang baru.

GOT7 telah pun dikenali sebagai kumpulan idola global K-Pop yang menakjubkan sejak awal kemunculan mereka pada 16 Januari 2014.

Kami berterima kasih kepada GOT7 kerana menjadi sebahagian perkembangan K-Pop dan juga JYP, juga kepada I GOT7 dan kesemua peminat yang menjadi sumber motivasi kepada aktiviti GOT7 dek sokongan sejak mula kemuncalan mereka lagi.

Hubungan rasmi kami hanya sampai di sini sahaja, namun JYP ikhlas menyokong masa depan yang bakal ditempuhi kesemua ahli GOT7 nanti.

Kami berharap agar yang terbaik buat GOT7 untuk masa hadapan mereka!

got7

Semoga AHGASE semua kuat dan terus ada di belakang ahli GOT7 semua okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...