Ikuti Kami:

Pihak Produksi ‘Dear.M’ Nafi Kim Saeron Tarik Diri Dek Susunan Kredit Namanya Selepas Park Hyesoo

Pihak Produksi ‘Dear.M’ Nafi Kim Saeron Tarik Diri Dek Susunan Kredit Namanya Selepas Park Hyesoo

Kelmarin tersebar khabar angin mengatakan bahawa sebab utama Kim Sae-ron menarik diri daripada muncul dalam drama “Dear.M” adalah kerana namanya yang disusun selepas Park Hye-soo dan Jae-hyun NCT semasa pengumuman barisan pelakon utama pada 3 September lepas.

Disebabkan Kim Sae-ron merupakan senior dalam industri lakonan berbanding kedua mereka, hal ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif dan biasanya susunan nama menentukan pengaruh setiap pelakon dalam sebuah drama tersebut.

kbs dear.m

Dari kiri: Park Hye-soo, Jae-hyun NCT, Kim Sae-ron, Bae Hyun-sung

Pun begitu, pihak produksi “Dear.M” telah tampil bagi menafikan khabar angin tersebut,

Kedua belah pihak berjaya mencapai kata sepakat dengan lancarnya dan membuat keputusan untuk menyokong antara satu sama lain. Tak sangka khabar angin palsu seperti ini telah dibangkitkan.

Malah agensi naungan Kim Sae-ron iaitu Gold Medalist juga mengeluarkan kenyataan mengenai hal tersebut,

Kim Sae-ron membuat keputusan untuk keluar daripada drama tersebut selepas menjalani perbincangan dengan pihak produksi. Kami tidak dapat memberi sebab spesifik kerana ia adalah hal dalaman tapi kedua pihak telah berbincang dengan baiknya.

kim saeron undur diri daripada dear.m

Kalau anda nak tahu, “Dear.M” membawa kisah pencarian sekitar kampus mengenai seorang individu misteri bernama ‘M’ yang disebut dalam sebuah entri tidak bernama di laman komuniti Universiti Seoyeon. Drama romantik realistik ini akan menyaksikan perubahan hubungan dan kisah cinta yang mula berputik di antara pelbagai watak selepas disedarkan oleh ‘M’.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...