Ikuti Kami:

Pihak Polis Dedah Ujian Dadah B.I Adalah Negatif!

Pihak Polis Dedah Ujian Dadah B.I Adalah Negatif!

Anda pasti mengetahui bahawa bekas ahli kumpulan iKON iaitu B.I telah dituduh membeli dadah (ganja) daripada kenalannya pada tahun 2016. Dia juga didakwa telah menggunakan barang terlarang tersebut selain dan mengakui terhadap beberapa pertuduhan tersebut. Disebabkan oleh pengakuan ini, selebriti itu telah melalui siasatan selama 7 kali selepas statusnya ditukar kepada suspek.

Selepas ramai yang menantikan keputusan kepada pertuduhan ini, pihak polis telah mengesahkan bahawa ujian dadah yang dijalankan ke atas B.I disahkan negatif. Lelaki itu melalui ujian tersebut menerusi Agensi Polis Daerah Gyeonggi Utara dan disahkan tiada bahan dadah yang dijumpai dalam badannya.

b.i

Keputusan ini nyata memberikan khabar gembira kepada para peminat selepas B.I yang menerima kecaman ramai kerana pertuduhan itu. Sampaikan dia mengundurkan diri daripada kumpulan popular iKON kerana berasa bersalah dengan ramai orang.

Meskipun sedang mendiamkan diri daripada dunia hiburan, B.I dilaporkan telah menderma 100,000 topeng muka kepada golongan yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan penting bagi melawan COVID-19. Dia menyalurkan sumbangan tersebut menerusi laman peminatnya.

Semoga B.I kembali ke dunia seni dengan kuat!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...