Selepas Kim Seon-ho mengundurkan diri daripada “2 Days 1 Night” kerana skandalnya, pelbagai petisyen yang telah dinaikkan bagi mengembalikan lelaki itu.

Tambahan pula selepas pelbagai informasi baru didedahkan menandakan bahawa bekas kekasihnya banyak mereka cerita mengenai hubungan mereka. Semakin ramai yang membantah Kim Seon-ho dibuang dari industri atas sesuatu yang bukan kesalahannya.
Terbaru, ketua produser jabatan hiburan KBS iaitu Lee Hwang-sun telah memberikan respon mengenai kemunculan semula lelaki itu di dalam “2 Days 1 Night”,
Pertama sekali, terima kasih kepada penonton yang menyayangi ‘2 Days & 1 Night’ dan pandangan anda. KBS telah mengumumkan pengunduran diri Kim Seon-ho pada 20 Oktober dan saya mahu memberitahu bahawa terdapat perbincangan awal yang dilakukan sebelum keputusan itu dikeluarkan sebagai kenyataan rasmi.
Pasukan produksi turut berasa bersalah kerana tidak mampu menayangkan keharmonian 6 ahli yang sudah menunjukkan keserasian yang sempurna sepanjang 2 tahun ini. Namun kami akan terus melakukan yang terbaik untuk menonjolkan program yang menyeronokkan.
Sekadar pengetahuan, selepas Kim Seon-ho digugurkan, laman penonton “2 Days 1 Night” dipenuhi dengan pelbagai notis dan hantaran penonton yang meminta dia dikembalikan.
Tidak apa, akan ada peluang yang lebih baik buat Kim Seon-ho nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.