Ikuti Kami:

“Perundangan Korea Teruk”- Netizen Marah Tempoh Penjara Joonyoung & Jonghoon Dek Kesalahan Seksual Dikurangkan

“Perundangan Korea Teruk”- Netizen Marah Tempoh Penjara Joonyoung & Jonghoon Dek Kesalahan Seksual Dikurangkan

Seperti diketahui semua, selebriti Jung Joon-young dan Choi Jong-hoon serta tiga individu lain telah dituduh melakukan rogol secara paksa. Atas pertuduhan tersebut, bekas ahli kumpulan F.T Island itu dan seorang lelaki dikenali sebagai Kim telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun manakala Jung Joon-young pula adalah 6 tahun.

Pun begitu, peguam yang mewakili mereka telah mengemukakan rayuan supaya meringankan hukuman tersebut. Tambahan pula, kedua-dua selebriti itu telah mencapai kata sepakat dengan mangsa selepas perbicaraan mahkamah dan dalam usaha untuk berbincang dengan seorang lagi mangsa, lantas peguam bela mereka telah meminta untuk menangguhkan perbicaraan rayuan itu.

hukuman penjara choi jonghoon dan jung joonyoung dikurangkan

Selepas ditimbal balik, ketua hakim di Mahkamah Tinggi Seoul mengeluarkan keputusan baru daripada perbicaraan rayuan itu. Choi Jong-hoon hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan sahaja dan bukannya 5 tahun. Manakala hukuman penjara  6 tahun Jung Joon-young pula dikurangkan kepada 5 tahun sahaja.

Mereka juga perlu menjalani program pemulihan keganasan seksual dan dihalang daripada pekerjaan di fasiliti melibatkan kanak-kanak, remaja dan orang kurang upaya selama 5 tahun. Mahkamah juga menjelaskan sebab disebalik keputusan rayuan itu.

Jung Joon-young tidak menyerahkan pengakuan bertulis bersama mangsa. Tetapi kami mengambil kira usaha defendan yang berterusan menafikan dakwaan yang dijatuhkan selain dia mampu menjelaskan situasi pada ketika itu dengan jelasnya. Dia juga telah menyesali perbuatan tersebut dan sedang muhasabah diri.

Walaupun Choi Jong-hoon sudah mencapai kata sepakat dengan mangsa dan hal tersebut memberi impak yang besar kepada hukumannya. Tetapi dia berterusan menolak dakwaan yang dijatuhkan dan tidak kelihatan jujur dalam melihat kembali kesalahannya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan keputusan meringankan hukuman kedua lelaki durjana ini. Semua juga mengecam undang-undang Korea yang sepertinya memandang enteng mengenai kesalahan seksual dan sentiasa membuatkan wanita berasa tidak selamat.

Undang-undang Amerika adalah yang terbaik, sistem perundangan Korea sangatlah ke belakang.

 

Pengurangan tempoh dipenjara? Atas sebab apa? Gila punya hakim!! Kalau anak perempuan awak kena perkara yang sama, adakah awak akan ringankan hukumannya?? Tak akan sebab dia muhasabah diri dan mengaku tak bersalah, terus hukumannya dikurangkan… tak masuk akal langsung..

 

Kenapa kurangkan tempoh dipenjarakan? Sepatutnya mereka perlu menerima balasan yang setimpal.

 

Masalah utama negara ini adalah sistem perundangan yang longgar…

 

Lepas capai kata sepakat dengan mangsa, terus separuh daripada tempoh hukuman dikurangkan..

Tak masuk akal!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...