Ikuti Kami:

“Pertama Kali Saya Pakai Lens Berwarna” – Song Jihyo Teruja Jadi Ahli Sihir Dalam ‘The Witch’s Diner’

“Pertama Kali Saya Pakai Lens Berwarna” – Song Jihyo Teruja Jadi Ahli Sihir Dalam ‘The Witch’s Diner’

Bukan sahaja penonton tapi nampaknya Song Ji-hyo sendiri teruja dengan transformasi dramatiknya dalam drama TVing terbaru, “The Witch’s Diner”.

Drama fantasi gelap ini mengisahkan restoran ahli sihir yang menjual makanan dan meminta nyawa pelanggan sebagai gantian. Song Ji-hyo membawa Jo Hee-ra, ahli sihir dan pemilik restoran itu manakala Nam Ji-hyun dan Chae Jong-hyeop pula ialah manusia yang menjadi pembantu di restoran tersebut.

the witch's diner

Menurut Song Ji-hyo, dia berasa dekat dengan novel tersebut selepas membaca plotnya. Malah dia berasa ingin tahu mengenai versi dramanya memandangkan novel asal menerima perhatian daripada orang ramai.

Ia sangatlah menarik sehingga saya membaca kesemuanya dengan sekejap sahaja.

Tambahnya lagi,

Ahli sihir Hee-ra merupakan satu watak yang tidak pernah dicuba saya sebelum ini, tapi dia mempunyai tarikan yang berkuasa. Saya berasa gementar dan teruja apabila memulakan penggambaran pertama. Seperti ahli sihir, Hee-ra mempunya penampilan yang asyik dan menakutkan. Kuku jarinya panjang dan rambutnya juga unik, awak tak akan tahu apa yang bermain di fikirannya. Tapi ada sesuatu mengenainya yang buat semua tertarik kepadanya pada pandang pertama.

song jihyo

Pelakon wanita itu juga berkongsi cara dia menyediakan diri untuk watak itu,

Saya cuba keluar daripada idea tipikal yang bermain di minda semua apabila mendengar perkataan ‘ahli sihir’. Saya banyak berbincang dengan staf produksi dan pasukan tata rias. Saya gunakan aksesori kecil dan terperinci seperti kuku panjang, rambut merah dan stail cacahan fabrik yang unik bagi melahirkan imej ahli sihir itu. Tapi dia juga seorang yang membuat makanan jiwam jadi saya mahu dia nampak lebih moden dan realistik. Saya juga cuba memakai lens mata berwarna buat pertama kalinya.

Memang lain betul penampilan Song Ji-hyo di dalam drama ini, jadi anda kena saksikan “The Witch’s Diner” di TVing bermula 16 Julai ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...