Ikuti Kami:

Pertama Kali Dalam 2021, Filem ‘Escape From Mogadishu’ Raih 1 Juta Tontonan Lepas 7 Hari Tayangan

Pertama Kali Dalam 2021, Filem ‘Escape From Mogadishu’ Raih 1 Juta Tontonan Lepas 7 Hari Tayangan

Jo In-sung kekal berbisa ya walaupun sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri lakonan Korea!

Terbaru, Persatuan Filem Korea mendedahkan bahawa filem “Escape From Mogadishu” berjaya meraih 1 juta tontonan pada 4 petang bertarikh 3 Ogos. Mula ditayangkan pada 28 Julai, ini bermakna filem ini berjaya mencipta rekod tersebut betul-betul 7 hari selepas ia dibuka di pawagam.

Lebih membanggakan, ini merupakan kali pertama filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2021 berjaya melepasi 1 juta tontonan. Malah pencapaian ini dianggap mengagumkan meskipun kerajaan Korea menetapkan garis panduan yang ketat supaya rakyatnya menjalani penjarakan sosial, sekaligus memberi kesan kepada dunia pawagam.filem escape from mogadishu Untuk pengetahuan anda, “Escape From Mogadishu” ialah sebuah filem mengenai hidup dan mati staf kedutaan Korea Selatan dan Korea Utara yang terperangkap dalam Perang Saudara Somalia. Ianya mendapat perhatian ramai kerana diarahkan oleh pengarah popular, Ryu Seung-wan yang bertanggungjawab mencipta pelbagai filem hebat seperti “The Battleship Island”, “Veteran”, “The Berlin File” dan “The Unjust”.

Selain Jo In-sung, ia juga dibintangi oleh Kim Yun-seok, Heo Joon-ho, Koo Kyo-hwan, Kim So-jin, Jung Man-sik, Kim Jae-hwa, dan Park Kyung-hye.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...