Ikuti Kami:

Pertama Kali Buat Artis Korea, Lee Minho Raih Lebih 20 Juta Pengikut Di Facebook & Instagram

Pertama Kali Buat Artis Korea, Lee Minho Raih Lebih 20 Juta Pengikut Di Facebook & Instagram

Memang hebat betul kepopularitian Lee Min-ho! Ini kerana lelaki ini merupakan selebriti Kore pertama yang mencapai pengikut sebanyak 20 juta di kedua-dua laman Facebook dan juga Instagram.

Pada bulan lepas, agensi naungan Lee Min-ho iaitu MYM Entertainment telah memuat naik gambar bagi menyambut akaun Facebook rasminya yang mencecah 20 juta pengikut. Dan kelmarin, akaun Instagram rasminya juga mencecah jumlah pengikut yang sama bahkan agensinya turut tidak lupa memuat naik gambar ucapan tahniah untuk pencapaian tersebut.

lee minho lee minho

Bagi akaun Weibo pula, Lee Min-ho kini sudah mempunyai pengikut seramai 28.63 juta manakala pengikut Twitter rasminya pula ialah 3 juta orang. Dengan itu, pelakon lelaki popular ini ialah satu-satunya artis Korea yang memegang rekod hebat ini lantas membuktikan kepopularitiannya yang tiada henti. Tambahan lagi. Lee Min-ho turut disenaraikan di tempat ketiga dalam ‘100 Artis Asia Yang Paling Menarik’.

Bukan beshe-beshe kan kepopularitian Lee Min-ho, hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...