Ikuti Kami:

Persis ‘SKY Castle’ & ‘TWOTM’, ‘Elegant Friends’ Singkap Misteri Pembunuhan Libatkan Sekumpulan Rakan Lama

Persis ‘SKY Castle’ & ‘TWOTM’, ‘Elegant Friends’ Singkap Misteri Pembunuhan Libatkan Sekumpulan Rakan Lama

Saluran JTBC ‘mengganas’ habis tahun ini terutamanya ketika slot drama Jumaat-Sabtu. Lihat sahajalah kepopularitian “Itaewon Class” dan “The World Of The Married” yang berjaya menembus sehingga ke pasaran antarabangsa. Walaupun dah tamat tayangan, kedua naskhah ini masih lagi meniti di bibir ramai peminat K-Drama.

“Elegant Friends” ganti “The World Of The Married”

Seperti yang anda dapat rasai semasa tayangan “The World Of The Married”, saluran ini mementingkan drama yang mempunyai plot unik dan tegang selain barisan pelakon yang hebat serta sinematografi memukau. Bagi terus memenuhi permintaan penonton. JTBC bakal menayangkan sebuah drama yang membuatkan anda tak senang duduk kerana ia melibatkan 5 pasangan berkahwin dan satu kes pembunuhan yang berkaitan dengan hubungan persahabatan mereka.

jtbc elegant friends

jtbc elegant friends

“Elegant Friends” adalah sebuah naskhah yang merungkai kisah misteri yang berbelit mengenai satu pembunuhan yang berlaku di satu bandar. Ia menelusuri kisah sekumpulan rakan lelaki pertengahan usia yang menduduki sebuah bandar baharu dengan pasangan masing-masing. Awalnya bahagia tapi semuanya berubah dalam sekelip mata apabila pembunuhan yang berlaku membongkar pelbagai rahsia lain.

10 watak utama yang mempunyai rahsia tersendiri

Ang Gung-cheol (Yoo Joon-sang) ialah seorang pengurus besar di syarikat francais ayam goreng popular dan merupakan seorang suami yang penyayang. Isterinya Nam Jung-hae (Song Yoon-ah) pula ialah seorang ahli psikiatri yang mementingkan kesempurnaan dan suka berada di rumah.

Jeong Jae-hun (Bae Soo-bin) adalah seorang duda yang tidak boleh difahami isi hatinya. Manakala Baek Hae-suk (Han Da-gam) adalah cinta pertama kumpulan rakan lelaki tersebut dan kemunculannya kembali selepas 20 tahun nyata menggoncang semula hati mereka.

jtbc elegant friends

Jo Hyung-woo (Kim Sung-oh) adalah suami kepada Kang Kyung-ja (Kim Hye-eun) dan mereka merupakan pasangan tua dan muda yang menyenangkan. Park Chun-bok (Jung Seok-yong) pula memiliki isteri yang muda 12 tahun daripadanya iaitu Yoo Eun-sil (Lee In-hye).

Kakitangan kerajaan biasa iaitu Cheon Man-shik (Kim Won-hae) mempunyai isteri yang kini mula mengalami kemurungan, Ji Myeong-suk (Kim Ji-young).

Kisah pembunuhan singkap misteri lama

Berikut adalah naratif dalam sedutan pendek drama ini,

Darah mengalir ke arah bertentangan. Saya tak dapat melihat apa-apa, saya tidak dapat mendengari apa-apa. Dalam fikiran, saya hanya mahu melindungi orang kesayangan. Namun sedar daripada lena, saya melihat sekujur mayat berada di hadapan mata. Dunia ini dipenuhi dengan bau darah, sama seperti 20 tahun yang lalu.

Daripada montaj yang ditunjukkan juga, kumpulan ini sudah bersahabat selama 20 tahun lamanya. Nampaknya, sebelum pembunuhan yang kali ini, terdapat satu lagi kematian yang berlaku pada masa lampau yang juga melibatkan mereka.

Dibandingkan dengan “SKY Castle”

Disebabkan oleh plot cerita ini yang menarik dan berbeza daripada drama lain, ramai mengatakan bahawa auranya adalah lebih kurang sama dengan “SKY Castle” yang pernah ditayangkan di saluran JTBC pada tahun 2019.

Lagi menyeronokkan kerana drama ini sudah pun menamatkan penggambarannya beberapa bulan yang lalu dan bakal ditayangkan dalam slot tayangan Jumaat-Sabtu bermula 10 Julai nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...