Ikuti Kami:

“Persilangan Insiden Buruk & Melodrama Romantik” – Pengarah Beri Klu Plot Separuh Akhir ‘Flower Of Evil’

“Persilangan Insiden Buruk & Melodrama Romantik” – Pengarah Beri Klu Plot Separuh Akhir ‘Flower Of Evil’

Rasanya semua orang tak senang duduk kini sebab tak sabar menantikan apa yang bakal terungkai di sebalik konflik “Flower Of Evil”. Sudah pun memasuki bahagian separuh kedua, pihak produksi telah mendedahkan apa yang boleh diharapkan oleh penonton pada episod akan datang.

“Flower Of Evil” ialah sebuah thriller penuh saspens mengenai Baek Hee-sung (Lee Jun-ki) yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.

flower of evil

Pengarah Kim Cheol-kyu telah mendedahkan sedikit klu kepada perkembangan plot drama ini bermula episod 9 yang bakal ditayangkan malam ini.

Bermula daripada episod 9, teras kepada kes dan emosi penonton akan bertembung dan bersilang. Saya rasa penonton akan teruja melihat perkembangan kes pembunuh bersiri dan juga hubungan romantik di antara Do Hyun-soo dan Cha Ji-won. Bukannya cuba menjatuhkan satu sama lain malah mereka akan membina sinergi bertenaga untuk pengakhiran yang hebat.

flower of evil

Untuk pengetahuan anda, “Flower OF Evil” akan ke udara seperti biasa minggu ini (26 dan 27 Ogos). Namun pada minggu hadapan, episod baru hanya akan ditayangkan pada 2 September manakala episod yang sepatutnya ditayangkan pada hari Khamis (3 September) akan digantikan dengan tayangan istimewa.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tonton episod terbaru drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...