Ikuti Kami:

“Persembahan Yang Bagus!” – Jackie Chan Sokong Konsert BLACKPINK Di Hong Kong

“Persembahan Yang Bagus!” – Jackie Chan Sokong Konsert BLACKPINK Di Hong Kong

Sedang menjalankan konsert jelajah dunia di negara Asia kini, BLACKPINK nampaknya telah menerima banyak sokongan.

Terbaru, BLACKPINK telah melakukan konsert jelajah mereka di AsiaWorld Arena, Hong Kong.

Bukan sahaja menerima sokongan dari peminat malahan, kumpulan empat ahli itu turut disambut oleh pelakon popular Hong Kong iaitu Jackie Chan.

Pada 15 Januari, salah seorang staf kepada BLACKPINK telah memuat naik foto bunga yang dihantar oleh Jackie Chan ke konsert mereka.

Selain itu, di bunga tersebut turut ditulis ucapan,

Selamat datang ke Hong Kong! Persembahan yang bagus!
Dengan cinta, Jackie Chan.

Sementara itu, BLACKPINK telah melakukan konsert mereka di Hong Kong selama tiga hari bermula 13, 14 dan 15 Januari.

Fuh Jackie Chan tu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...