Ikuti Kami:

“Persamaan Itu Hanya Kebetulan” – DOLLA Nafi Cuba Tiru BLACKPINK

“Persamaan Itu Hanya Kebetulan” – DOLLA Nafi Cuba Tiru BLACKPINK

Sejak kebelakangan ini, industri muzik tanah air telah disertai oleh sekumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai DOLLA.

Disebabkan kumpulan tersebut dianggotai oleh 4 orang wanita selain menonjolkan konsep persembahan ala-ala K-Pop, ramai yang menunding jari dan mengatakan bahawa mereka cuba meniru kumpulan popular daripada Korea iaitu BLACKPINK.

dolla tiru blackpink

Apabila ditanya, ahli DOLLA iaitu Sabronzo menegaskan bahawa mereka tidak meniru BLACKPINK tetapi dalam masa yang sama mengakui bahawa kejayaan yang ditempa kumpulan itu menjadi inspirasi buat mereka.

Saya tahu, memang ada yang beranggapan DOLLA cuba meniru gaya persembahan BLACKPINK. Bagaimanapun, persamaan itu secara kebetulan. Apa yang kami perjuangkan adalah identiti muzik DOLLA yang menyanyi sambil menari secara kumpulan. Apatah lagi, di Malaysia tidak banyak kumpulan penyanyi wanita. Kalau dulu pun, paling popular adalah Feminin dan Elite. Pada saya, DOLLA tetap mempunyai identiti tersendiri.

Tak berhenti menerima kecaman netizen sejak daripada awal kemunculan lagi, DOLLA mengatakan bahawa mereka sedia menerima kritikan tersebut. Malah menyedari bahawa pengaruh besar yang dipelopori media sosial membuka ruang yang lebih luas lagi untuk netizen meluahkan pendapat.

Di platform media sosial, netizen memang biasa komen apa saja yang diinginkan mereka. Pada saya, komen yang positif kami terima untuk memperbaiki kekurangan. Namun, komen yang melampau biarkan saja. DOLLA selesa dan tenang positif kerana bagi kami, setiap orang ada pandangan masing- masing.

dolla tiru blackpink

Video muzik ‘Make You Wanna’ yang merupakan pertaruhan pertama kumpulan yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel ini nampaknya berjaya meraih perhatian rakyat tempatan apabila ia sudah pun mencapai junlah tontonan sebanyak 1.9 juta kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...