Ikuti Kami:

Pernah Sebut Mahu Anak Pertama Perempuan, Chen EXO Disahkan Sudah Timang Seorang ‘Baby Girl’!

Pernah Sebut Mahu Anak Pertama Perempuan, Chen EXO Disahkan Sudah Timang Seorang ‘Baby Girl’!

Dunia K-Pop nyata tergempar pada awal tahun ini! Ini kerana Chen daripada kumpulan EXO mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa dia bakal menyatukan hatinya bersama kekasih kesayangan dalam satu ikatan yang sah. Lagi menggembirkan apabila vokalis EXO itu turut mendedahkan bahawa tunangannya itu sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Setelah berbulan menanti perkhabaran baru mengenai keluar baru Chen atau pun nama sebenarnya Kim Jong-dae, satu sumber media telah melaporkan bahawa lelaki itu baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada hari ini (29 April).

Semua hal berkaitan perkahwinan dan majlis yang melibatkannya telah pun dijalankan secara tertutup. Dikhabarkan juga bahawa anak perempuan pasangan ini lahir lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.

chen dapat anak perempuan

Syarikat naungan EXO iaitu SM Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Memang benar anak perempuan Chen telah selamat dilahirkan ada hari ini.

Kalau anda nak tahu, Chen sendiri ada menybut sebelum ini dalam sebuah rancangan radio yang dia mahukan anak perempuan sebagai cahaya mata pertamanya. Nampaknya perminataannya itu sudah pun direalisasikan!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...