Ikuti Kami:

Pernah Lalui Episod Duka Bersama Lee Junki, Jeon Hyebin Kini Sah Berkahwin Dengan Lelaki Pilihannya!

Pernah Lalui Episod Duka Bersama Lee Junki, Jeon Hyebin Kini Sah Berkahwin Dengan Lelaki Pilihannya!

Jeon Hyebin merupakan antara pelakon wanita yang dipercayai lakonannya di Korea. Meskipun memulakan karier seninya sebagai seorang idola dalam kumpulan “LUV” tetapi ternyata nasibnya lebih baik sebagai seorang pelakon. Bagi peminat K-Drama tegar, pasti anda pernah melihat wanita cantik ini berlakon dalam drama popular seperti “The King & I,” “The Queen Of Office”, “Another Miss Oh” dan naskhah yang baru sahaja tamat iaitu “Leverage”.

Mungkin sudah kabur daripada ingatan anda tetapi Jeon Hyebin pernah didedahkan bercinta dengan pelakon kegemaran ramai iaitu Lee Junki pada tahun 2016 dan pasangan itu mula mengenali menerusi drama “Gunman Of Joseon”. Pun begitu, hubungan romantik tersebut hanya mampu bertahan selama setahun selepas mereka mengumumkan perpisahan pada tahun berikutnya.

jeon hyebin lee junki

Meskipun memberi alasan sibuk sebagai punca hubungan kedua mereka renggang. Tapi ramai yang menebak bahawa ada sebab lain yang membuatkan Jeon Hyebin dan Lee Junki putus. Semasa percintaan mereka masih berlangsung, pelakon wanita itu kerap menerima komen cercaan daripada peminat fanatik Lee Junki di laman media sosialnya. Kebanyakan daripada komen itu ditulis di dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Mungkin tidak tahan dengan keadaan yang menyeksakan itu, pasangan tersebut membuat keputusan untuk meletakkan noktah kepada jalinan mereka.

Kini dua tahun sudah berlalu dan kedua-dua Jeon Hyebin dan Lee Junki sudah pun bahagia dengan kehidupan masing-masing. Menggembirakan apabila wanita itu mengumumkan bahawa dia telah berjumpa dengan lelaki idamannya dan bakal menamatkan zaman bujangnya.

Selepas mengikat tali perkahwinan di Bali, Indonesia pada 7 Disember lepas, Jeon Hyebin terus memuat naik satu entri di laman Instagramya bagi memberikan pengumuman secara rasmi mengenai hari bahagianya itu.

 

 

View this post on Instagram

 

안녕하세요 전혜빈입니다 올 한 해가 저에게는 너무나도 특별했습니다 많은 일들 속에서 사랑하는 사람을 만나 평생을 약속하게 되었기에 더욱 그러한데요, 그는 훌륭한 인성과 인품을가졌고 저와 깊은공감으로 소통하며, 함께 할 때 더 큰 행복과 안정감을 느끼게 되어 결혼을 결심하고 평생을 서로를 위해 살기로 했습니다 갑작스러운 결혼소식을 주변지인분들께 조차도 이야기드리지 못했던건 현재 방송중인 작품에 방해가 될까, 또 저를 가족으로 맞아주시는 식구들께 행여 소란이 될까 걱정의 마음이 컸기 때문이었습니다. 너그러이 이해해 주시고 축복해주시길 믿고 있습니다. 그를 따뜻히 보필하고 항상 기쁘고 복되게 만들수있는 신부가 되겠습니다. 베풀고 나누며 좋은 귀감을 보일수 있는 부부가 되겠습니다. 사랑가득히 지켜봐주시길 바랍니다.

A post shared by 전혜빈 (@heavenbin83) on

Dalam entri tersebut, dia meminta maaf kerana tidak dapat berterus terang dengan lebih awal mengenai berita ini kerana tidak mahu mengganggu penggambaran dramanya (“Leverage”).

Sweet sangat apabila pengantin baru tersebut mendedahkan bahawa lelaki itu mempunyai personaliti yang baik dan mampu memahaminya. Dia juga mendedahkan dia merasa sangat bahagia apabila bersama dengan kekasihnya itu lantas membuat keputusan untuk berkahwin.

jeon hyebin berkahwin

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin itu dan harap bahagia selamanya!

Sumber: Allkpop, Channel-Korea

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...