Ikuti Kami:

Pernah Dikatakan Seiras, Saban Hari PU Azman Tinggalkan Komen Lawak Di Laman Instagram Lee Dongwook!

Pernah Dikatakan Seiras, Saban Hari PU Azman Tinggalkan Komen Lawak Di Laman Instagram Lee Dongwook!

Nama Lee Dongwook nyata tak perlu disebut lagi! Begitu terkenal sebagai pelakon melodramatik drama yang mampu bikin hati penonton jadi penasaran kerana wajah dan ekspresi mukanya. Sudah berkecimpung selama 20 tahun dalam dunia lakonan, bakatnya itu tidak dapat dinafikan lagi.

Ingatkan peminat wanita sahaja yang terbuai melihat mata mendayu Lee Dongwook, rupanya ada juga lelaki yang tergoda dengan lelaki kacak itu. Tak lain tak bukan iaitu penceramah terkenal di Malaysia iaitu PU Azman. Kalau anda nak tahu, hampir setiap hari penceramah ini akan meninggalkan komen di entri laman Instagram Lee Dongwook.

pu azman tinggalkan komen pada instagram lee dongwook

pu azman tinggalkan komen pada instagram lee dongwook

pu azman tinggalkan komen pada instagram lee dongwook

pu azman tinggalkan komen pada instagram lee dongwook

Rajin sungguh PU Azman menjengah hampir saban hari ke laman Instagram Lee Dongwook. Siap ada yang tebak mungkin penceramah itu ‘on’ notifikasi bagi memberikannya kemas kini pelakon lelaki itu setiap kali dia memuat naik entri baru.

Rata-rata peminat yang membaca thread komen PU Azman pada Lee Dongwook itu sememangnya terhibur melihat gelagatnya! Lagi lawak kerana dia sering meninggalkan komen dalam loghat bahasa ‘nogori’.

netizen terhibur pu azman tinggalkan komen pada instagram lee dongwook

netizen terhibur pu azman tinggalkan komen pada instagram lee dongwook

Kalau anda tak tahu, pernah ada khabar angin sebelum ini yang menyatakan bahawa wajah PU Azman ada iras rupa Lee Dongwook!

Kelakar sungguh apabila membaca komen kreatif PU Azman itu. Kalau stres pun, boleh kembali tersenyum selepas baca kesemua komen itu!

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...