Ikuti Kami:

Pernah Bercinta 10 Tahun Lalu, Peminat Kemuka Bukti Song Hyegyo & Hyunbin Kembali Jalin Hubungan?

Pernah Bercinta 10 Tahun Lalu, Peminat Kemuka Bukti Song Hyegyo & Hyunbin Kembali Jalin Hubungan?

Tidak dinafikan bahawa sejak pasangan paling ideal Korea iaitu Song Joong-ki dan Song Hye-gyo berpisah selepas dua tahun bersama, ramai yang masih lagi menantikan perkembangan kehidupan cinta kedua mereka.

Pun begitu baru-baru ini, ada khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa Song Hye-gyo kini sudah kembali bermadu kasih dengan bekas kekasihnya dahulu iaitu pelakon ‘hot’, Hyunbin. Apa?

hyunbin dan song hyegyo kembali bercinta

Menurut peminat yang bermata tajam seperti helang mengemukakan tiga bukti bagi menyokong dakwaan mereka ini. Bagi yang tidak tahu, pasangan selebriti ini pernah digosipkan bercinta semasa sama-sama membintangi drama “The World They Live In” pada tahun 2008.

Walaupun menafikan berita tersebut pada awalnya, kedua-dua Song Hye-gyo dan Hyunbin mengakui hubungan mereka pada tahun 2009. Tapi sayang, pasangan yang digilai ramai pada ketika itu membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2011, sebelum Hyunbin memasuki latihan khidmat ketenteraan.

Tiga bukti yang digembar-gemburkan oleh peminat

Baru-baru ini, pelakon Park Sol-mi yang turut membintangi drama “The World They Live In” telah memuat naik tangkapan skrip perenggan lirik daripada salah satu runut bunyi drama tersebut. Tindakan Song Hye-gyo yang meninggalkan komen “Kakak.. hahahaha” pada entri tersebut menimbulkan persoalan netizen.

Lagi merunsingkan apabila Park Sol-mi menutup ruangan komen entri tersebut selepas segelintir peminat mula bertanya sama ada Song Hye-gyo dan Hyunbin kembali bercinta semula. Bahkan, wanita itu bertindak memadam perkongsian tersebut tak lama kemudian. Pelik!

bukti hyunbin dan song hyegyo bercinta

Salah satu lagi bukti ialah apabila Song Hye-gyo ada memuat naik gambar pandangan padang hijau yang kebetulan nampak sama dengan kawasan penggambaran iklan Hyunbin. Hmmm…

bukti hyunbin dan song hyegyo bercinta

Lagi satu bukti ialah ada sesetengah peminat menebak bahawa rantai yang dipakai oleh wanita tersebut dengan pangkal huruf “S” dan “H” membawa maksud Song Hye-kyo dan Hyunbin. Walaupun ada juga yang mengatakan bahawa “SH” mungkin melambangkan pangkal nama Song Hye-gyo sendiri.

bukti hyunbin dan song hyegyo bercinta

Rasa macam logik tak bukti ini semua?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...