Ikuti Kami:

Permulaan Menghiburkan, Episod Awal ‘Dali And Cocky Prince’ Raih Rating Memuaskan

Permulaan Menghiburkan, Episod Awal ‘Dali And Cocky Prince’ Raih Rating Memuaskan

Syok juga kalau dapat tonton drama romantik kan? Mungkin “Dali And Cocky Prince” merupakan jawapan buat anda.

Sinopsis

“Dali And Cocky Prince” membawa kisah cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang langsung tidak mempunyai persamaan. Jin Mu-hak (Kim Min-jae), di mana keluarganya berjaya membesarkan perniagaan gamja-tang yang kecil sehingga menjadi syarikat makanan global. Meskipun merupakan pengarah di syarikat tersebut, namun dia kurang cerdik dan sentiasa menduduki tempat terakhir dalam ranking akademik di sekolah. Sedang dalam usaha untuk mendapatkan sebuah muzium seni yang dimiliki oleh Kim Dal-li, seorang perempuan elit dan dia akhirnya jatuh cinta dengan wanita itu.

Bermula ringan

Nampaknya drama ini sesuai untuk sesiapa yang tak sukakan kandungan yang berat dan memeningkan. Kisah hubungan antara Dal-ri dan Jin Mu-hak pastinya akan membuatkan anda tersenyum sahaja. Seronok melihat lelaki itu yang nampak berlagak tapi ‘tin kosong’ sahaja manakala Dal-ri juga tak kurang hebatnya dengan sikap borosnya meskipun pandai.kbs dali and cocky prince

Rating baik

Untuk pengetahuan semua, “Dali And Cocky Prince” ialah drama pertama KBS bagi slot Rabu-Khamis dalam amsa 3 bulan, jadinya ramai yang memerhatikan potensinya. Untuk episod pertama, ia berjaya merekodkan rating sebanyak 4.4% dan ianya menunjukkan prestasi yang konsisten dengan catatan 4.3% untuk episod kedua.

Siapa yang nak hiburkan hati, memang sesuai sangat menonton “Dali And Cocky Prince”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...