Apa macam perasaan semua yang sudah lama menanti tayangan drama “Snowdrop”? Adakah tayangan awalnya memuaskan hati anda?
Sinopsis
“Snowdrop” berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.
Pertemuan berbunga
[Amaran SPOILER]
Daripada awal tayangan, penonton disajikan dengan kehidupan asrama perempuan di sebuah universiti pada tahun 1980-an. Penuh dengan karakter yang berlainan, Eun Young-ro kelihatan naif dan paling baik di dalam asramanya.
Hanya berkenalan menerusi satu temu janji buta berkumpulan, hati gadis itu terus terpaut kepada Im Soo-ho. Nampaknya jodoh mereka tidak terhenti di situ, kedua mereka kembali berjumpa pada satu malam yang mengubah segala-galanya. Lelaki itu yang terluka tanpa sengaja memasuki asrama perempuan itu dan dibantu oleh Eun Young-ro dan rakan sebiliknya.
Meskipun nampak normal namun Im Soo-ho bukanlah hanya pelajar biasa namun dia sebenarnya merupakan ejen perisik dari Korea Utara yang mempunyai misi di Seoul. Jadi, apakah sambungan hubungan mereka berdua dan bagaimanakah reaksi Eun Young-ro apabila mengetahuinya? Sama-sama kita nantikan!
Respon baik
Untuk episod awal ini, “Snowdrop” menunjukkan catatan yang baik dengan rekod rating 2.985%. Dalam pada itu, ia juga menerima respon yang hangat di laman penstriman Disney+.
Bagaimana respon anda untuk episod pertama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.