Ikuti Kami:

Perhatian! Ini 70 K-Drama Bakal Tayang 2022 Nanti

Perhatian! Ini 70 K-Drama Bakal Tayang 2022 Nanti

Siap sedia, kerana ada pelbagai K-drama baru yang bakal menyambut anda pada 2022 nanti!

1. A Business Proposal

a business proposal

Pelakon: Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong, Seol In-ah, Kim Min-gyu

Drama yang diadaptasi daripada novel web ini merupakan kisah komedi romantik mengenai kakitangan pejabat yang menyertai janji temu buta dengan CEO syarikatnya bagi menggantikan rakannya dan dalam masa yang sama, terpaksa menyorokkan identiti sebenar.

2. 2521

drama twenty-five twenty-one

Pelakon: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk

Ianya membawa kisah dua orang yang pertama kali berjumpa semasa mereka 22 dan 18 dan memulakan cerita cinta mereka 4 tahun kemudian, pada usia 25 dan 24. Drama ini memaparkan cerita muda-mudi yang melalui pelbagai perkara seperti kisah romantik, perkembangan diri dan persahabatan.

3. Chaebol’s Family Youngest Son

jtbc chaebol's family youngest son

Pelakon: Song Joong-ki, Shin Hyun-bin

Ianya membawa kisah seorang setiausaha keluarga kaya yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu keluarga tersebut. Yoon Hyun-woo (Song Joong-ki) hidup semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan untuk membalas dendam selepas dituduh menggelapkan wang semasa bekerja sebagai setiausaha mereka.

4. Why Oh Soojae?

sbs why oh soojae?

Pelakon: Seo Hyun-jin, Hwang In-yeop, Heo Jun-ho

“Why Oh Soo-jae?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan hidup berjaya dalam keadaan yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya. Ia merupakan satu kisah cinta yang digambarkan sebagai menyakitkan namun menyeronokkan dan dalam masa yang sama dingin dan menyejukkan hati.

5. Big Mouth

tvn big mouth

Pelakon: Lee Jong-suk, Yoona, Kwak Dong-yeon, Kim Ju-hun

Drama noir ini membawa kisah seorang peguam kelas ketiga yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouth’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

6. Again My Life

again my life

Pelakon: Lee Jun-ki, Kim Ji-eun

Ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang menjalani kehidupan keduanya.

7. Island

island

Pelakon: Kim Nam-gil, Lee Da-hee, Cha Eun-woo

“Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh ini mengisahkan seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah manakala si wanita itu pula tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan.

8. Crazy Love

iqiyi crazy love

Pelakon: Kim Jae-wook, Krystal

“Crazy Love” membawa kisah seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan apabila diberitahu dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berlakon menjadi tunangannya.

9. Shooting Star

tvn shooting star

Pelakon: Lee Sung-kyung, Kim Young-dae, Yoon Jong-hun, Ha Do-kwon

Drama ini membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti.

10. Tomorrow

mbc tomorrow

Pelakon: Rowoon, Kim Hee-sun

Drama itu menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula.

11. Sound Of Magic

netflix the sound of magic

Pelakon: Ji Chang-wook, Choi Sung-eun, Hwang In-yeop

“The Sound Of Magic” menceritakan kisah Ri-eul (Ji Chang-wook), seorang ahli magis misteri yang tinggal di sebuah taman tema terbengkalai dan Yoon Ah-yi (Choi Sung-eun) pula ialah seorang seorang gadis yang terbeban dengan realiti hidupnya namun mengalami sesuatu yang diluar imaginasinya selepas berkenalan dengan Ri-eul. Na Il-deung (Hwang In-yeop) pula ialah rakan sekelas gadis tersebut yang merupakan seorang pelajar pintar tapi tidak mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain.

12. Glitch

netflix glitch

Pelakon: Jeon Yeo-bin, Lee Dong-hwi, Nana

Ia membawa kisah seorang wanita yang dalam misi mencari kekasihnya yang hilang dengan cahaya tidak dikenali. Dalam pencariannya itu, dia menjumpai satu misteri dalam realitinya dengan bantuan komuniti UFO.

13. Somebody

netflix somebody

Pelakon”: Kim Young-kwang, Kim Yong-ji

“Somebody” ialah drama thriller berkisar mengenai satu pembunuhan yang berlaku dalam sebuah aplikasi perhubungan sosial bernama ‘Somebody’. Pereka serta rakan disekeliling kemudiannya berbelit dengan sebuah lelaki misteri selepas kejadian tersebut.

14. Love To Hate You

yoo taeoh kim okbin

Pelakon: Kim Ok-bin, Yoo Teo, Kim Ji-hun, Go Won-hee

Ia sebuah komedi romantik mengenai wanita yang tidak mahu kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang sentiasa meragui wanita. Mereka kemudiannya asyik berantaman sebelum mula mempunyai perasaan antara satu sama lain.

15. The Fabulous

netflix the fabulous

Pelakon: Choi Min-ho, Chae Soo-bin

Ia merupakan kisah romantik hyper-realistik mengenai impian, cinta dan persahabatan sekumpulan anak muda berusia 30-an yang mendedikasikan hidup mereka untuk dunia fesyen. Di mana perkataan ‘fashion’ (fesyen) dibaca sebagai ‘passion’ (keghairahan).

16. Suriname

netflix suriname

Pelakon: Ha Jung-woo, Hwang Jung-min, Yoo Yeon-seok

Drama 6 episod ini membawa kisah seorang lelaki Korea yang menjadi tokan dadah berpengaruh di sebuah negara bernama Suriname, terletak di Amerika Selatan.

17. A Fire Station Next To The Police Station

gong seungyeon kim raewon son hojun

Pelakon: Kim Rae-won, Son Ho-jun, Gong Seung-yeon

Ia berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memadamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak.

18. Eve’s Scandal

lee sangyeob seo yeji

Pelakon: Seo Ye-ji, Park Byung-eun, Lee Sang-yeob

“Eve’s Scandal” ialah sebuah kisah mengenai penceraian dalam keluarga kaya bernilai 2 trilion won (RM7.164 bilion) yang bakal menghuru-harakan Korea.

19. The Speed To You Is 493km

kbs the speed to you is 493km

Pelakon: Chae Jong-hyeop, Kim Ju-hyun, Park Ji-hyun

“The Speed To You Is 493km” ialah drama sukan romantik berkisar mengenai keghairahan dan cinta lelaki dan wanita dalam kumpulan beregu campuran double di mana ahlinya ialah daripada kumpulan perniagaan badminton.

20. Meteorological Agency People

jtbc cruel story of office romance

Pelakon: Park Min-young, Song Kang, Yura, Yoon Park

Ia membawa kisah kerjaya dan cinta mengenai individu yang bertugas di Pentadbiran Meteorologi Korea iaitu perkhidmatan ramalan kaji cuaca.

21. Thirty Nine

jtbc thirty nine

Pelakon: Son Ye-jin, Jeon Mi-do, Park Ji-hyun, Lee Moo-saeng

“39” hanya mempunyai 12 episod dan membawa kisah romantik dan kehidupan harian tiga orang wanita yang bakal memasuki usia 40-an.

22. Blood Riding Love

jtbc blood riding love

Pelakon: Kim Min-seok, Nam Gyu-ri, Song Jae-rim

Drama ini mengisahkan cinta pahit manis dan penyatuan dilalui oleh seorang selebriti Korea Selatan popular yang menyertai ketenteraan dan seorang tentera wanita di Korea Utara.

23. Tell Me Your Wish

drama tell me your wish

Pelakon: Ji Chang-wook, Choi Soo-young, Sung Dong-il

“Tell Me Your Wish” diinspirasikan mengenai sebuah organisasi sebenar di Belanda yang merealisasikan impian pesakit kanser yang membawa maut. Kisah menyentuh hati akan diceritakan apabila seorang lelaki muda yang ditolak ke hadnya kerana kesusahan hidup dan diminta ke hospis (hospice) oleh perkhidmatan komuniti dan menyertai kakitangan hospital untuk memastikan impian para pesakit menjadi kenyataan di penghujung hidup mereka.

24. Military Prosecutor Doberman

tvn military prosecutor doberman,

Pelakon: Ahn Bo-hyun, Jo Bo-ah, Kim Young-min

“Military Prosecutor Doberman” menceritakan kisah seorang lelaki Do Bae-man, seorang pendakwa raya ketenteraan yang memilih pekerjaan tersebut kerana wang. Selepas bertemu Cha Woo-in, seorang yang sama bidang dengannya namun bekerja bagi membalas dendam, Do Bae-man mula menghapuskan si jahat dalam ketenteraan dan menjadi pendakwa raya yang sebenar.

25. Tale Of The Nine Tailed 2

tvn tale of the nine tailed

Pelakon: Lee Dong-wook, Kim Bum

“Tale Of The Nine Tailed” membawa kisah fantasi moden mengenai seorang gumiho lelaki yang duduk di bandar dan seorang wanita bekerja sebagai produser.

26. All Of Us Are Dead

netflix all of us are dead

Pelakon: Yoon Chan-young, Park Ji-hoo, Jo Yi-hyun, Ro Mon, Yoo In-soo, Lee Sang-hee, Ha Seung-ri, Lee Yoo-mi.

“All Of Us Are Dead” diadaptasi daripada webtoon popular dan membawa kisah sekumpulan pelajar terperangkap di sebuah sekolah yang dijangkiti virus zombi sehingga mereka perlu membuat keputusan ekstrem untuk meloloskan diri.

27. Sponsor

ihq sponsor

Pelakon: Lee Ji-hoon, Han Chae-young, Seo Yi-soo, Koo Ja-sung

“Sponsor” ialah drama romantik mengenai 4 individu yang mencari sponsor dengan cara tersendiri bagi memenuhi kemahuan yang diinginkan.

28. Soundtrack #1

han sohee park hyungsik

Pelakon: Park Hyung-sik, Han So-hee

Ianya merupakan drama muzik romantik mengenai seorang wanita dan lelaki yang sudah 20 tahun berkawan. Pun begitu, perasaan keduanya mula berubah apabila mereka tinggal sebumbung selama 2 minggu.

29. Kill Heel

tvn kill heel

Pelakon: Kim Ha-neul, Kim Sung-ryung

“Kill Heel” ialah sebuah drama mengenai ketegangan dunia beli-belah di rumah. Ianya akan memaparkan wanita meneruskan hidup dalam dunia yang penuh persaingan dan kuasa melibatkan hos program dengan personaliti berbagai.

30. Doctor Lawyer

dr. lawyer

Pelakon: So Ji-sub, Im Soo-hyang, Shin Sung-rok

Drama menyentuh hati dan katartik ini membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan dan seorang pendakwaraya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa mereka selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

31. Let’s Start The Defense

jung ryeowon lee kyuhyung

Pelakon: Lee Kyu-hyung, Jung Ryeo-won

Ianya merupakan drama misteri perundangan mengenai peguambela awam yang terlibat dalam kes pembunuhan bersiri melibatkan orang tua.

32. Murderer’s Shoppping List

tvn murderer's shopping list

Pelakon: Lee Kwang-soo, Seolhyun

Ianya membawa kisah yang berlaku apabila satu mayat misteri dijumpai berdekatan sebuah flat di pinggiran Seoul. Kisah misteri dan komedi bermula dengan sekeping resit pasar raya.

33. Minamdang: Case Note

kbs minamdang

Pelakon: Seo In-guk, Oh Yeon-seo, Kwak Si-yang

Drama komedi misteri ini akan menelusuri kisah seorang bekas profiler yang hidup sebagai bomoh kini dan bergabung dengan seorang detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes.

34. Our Blues

drama our blues

Pelakon: Lee Byung-hun, Han Ji-min, Kim Woo-bin, Shin Min-ah, Cha Seung-won, Kim Jung-eun, Uhm Jung-hwa

Naskhah ini ialah drama omniverse di mana ia menceritakan kisah manis, masam dan pahit mengenai pelbagai watak berlatarbelakangkan kepulauan Jeju.

35. Returnlee jaewook return

Pelakon: Lee Jae-wook, Jung So-min

“Return” atau “Hwan Hon” membawa kisah ahli sihir muda yang menguruskan pelbagai jenis roh.

36. Joseon Psychiatrist Yoo Sepung

kim minjae kim hyanggi

Pelakon: Kim Min-jae, Kim Hyang-gi

Berdasarkan novel dengan tajuk yang sama, dalam dunia yang dihuni orang gila dan orang normal yang mula menggila, ia membawa kisah ‘Shim Yi’ yang menenangkan bagi pesakit dan orang sekelilingnya.

37. From Now On, Showtime!

from now on showtime

Pelakon: Park Hae-jin, Jin Ki-joo

Ia adalah drama komedi romantik fantasi mengenai seorang ahli magis yang boleh menyeru roh dan seorang konstabel polis yang mempunyai kuasa mistik.

38. Mask Girl

netflix mask girl

Pelakon: Go Hyun-jung, Nana

Membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang sangat rendah diri dengan penampilannya. Dia mula melalui pelbagai insiden semasa aktif sebagai personaliti penstriman yang menggunakan topeng.

39. Link

moon gayoung yeo jingoo

Pelakon: Yeo Jin-goo, Moon Ga-young

“Link” ialah drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.

40. Red Heart

kbs red heart

Pelakon: Jang Hyuk, Kang Han-na, Lee Joon, Ha Do-kwon

“Red Heart” ialah kisah fiksyen mengenai Lee Tae, yang menjadi raja Joseon dan mengimpikan sistem beraja mutlak.

41. Fly High Butterflies

fly butterfly

Pelakon: Kim Hyang-gi, Oh Yoon-ah, Choi Daniel, Shim Eun-woo

Ia membawa kisah dunia pereka rambut berbakat yang bekerja di sebuah salon rambut dan berjanji akan mengubah pelanggan mereka kepada ‘rama-rama cantik’. Drama ini akan membawa penonton melihat individu belajar untuk menyayangi diri mereka di dalam dunia di mana gaya rambut menyempurnakan 90 peratus daripada penampilan fizikal seseorang itu.

42. Ask The Stars

ask the stars

Pelakon: Gong Hyo-jin, Lee Min-ho

Ianya digambarkan sebagai komedi romantik di stesen angkasa lepas dan melibatkan kisah pengunjung dunia luar itu dan angkasawan.

43. True Swordsmanship

d.o. exo

Pelakon: Do Kyung-soo

Ianya merupakan drama perundangan mengenai seorang pendakwa raya jujur yang dilengkapi dengan kegagahan dan keteguhan bagi mencapai keadilan buat golongan lemah. Dia berusaha keras bagi memusnahkan organisasi pendakwaan dan juga kesemua rasuah yang berlaku dalam Korea.

44. Insider

jtbc insider

Pelakon: Kang Ha-neul, Lee Yoo-young

Seorang pelatih perundangan mengalami keadaan tak dijangka apabila dia disumbat ke dalam penjara kerana satu insiden.

45. Yumi’s Cells 2

tvn yumi's cells

Pelakon: Kim Go-eun, Jinyoung, Choi Min-ho, Lee Yu-bi

“Yumi’s Cell” membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakan.

46. The Mansion

tving the mansion

Pelakon: Yoon Kyun-sang, Im Ji-yeon

“The Mansion” ialah drama thriller misteri berlatar belakangkan sebuah flat yang bakal diubah suai dan mengisahkan mengenai kebenaran di sebalik kehilangan seorang wanita. Diiringi jiran-jiran mencurigakan yang menyembunyikan ketamakan mereka dengan wajah yang biasa, rahsia itu mula terbongkar sehingga menimbulkan rasa saspens dan ketakutan realistik.

47. Adamas

tvn-adamas

Pelakon: Jisung, Seo Ji-hye, Lee Soo-kyung

“Adamas” ialah sebuah drama pencarian cerita sebenar mengenai kembar lelaki yang cuba membongkarkan rahsia disebalik pembunuhan ayah mereka 20 tahun dan mencari ‘Adamas’ iaitu senjata pembunuhan yang hilang bersama anak kepada saksi kejadian.

48. Moving

moving

Pelakon: Han Hyo-joo, Jo In-sung

Drama ini membawa kisah perkembangan pelajar sekolah dan ibu bapa mereka yang menyimpan rahsia besar daripada diketahui oleh orang lain.

49. The Glory

netflix the glory

Pelakon: Song Hye-kyo, Lee Do-hyun

“The Glory” membawa kisah licik dan sedih mengenai seorang wanita yang merencana pembalasan dendam setelah sekian lama.

50. Hunting Dogs

netflix hunting dogs

Pelakon: Lee Sang-yi, Woo Do-hwan, Kim Sae-ron

“Hunting Dogs” membawa kisah mengenai tiga lelaki berhutang yang berbelit dengan satu sama lain dan mula memburu wang.

51. Grid

disney+ grid

Pelakon: Seo Kang-jun, Lee Si-young

Siri ini menyelongkar mengenai sistem jaring yang mampu menyelamatkan manusia daripada krisis.

52. Sixth Sense Kiss

disney+ sixth sense kiss

Pelakon: Yoon Kye-sang, Seo Ji-hye, Kim Ji-suk

“Sixth Sense Kiss” membawa kisah Hong Ye-seul yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja telah tercium leher bosnya, Cha Min-hoo dan dia ternampak mereka berada di atas katil bersama.

53. Celebrity

park gyuyoung lee chungah

Pelakon: Lee Chung-ah, Park Gyu-young, Jun Hyo-sung

Ianya berkisar kepada golongan yang baru menaik digelar ‘selebriti’ dan semua yang mencemburui mereka. Drama itu akan memaparkan keghairahan dan keinginan yang sedih dan juga menakutkan di dalam dunia ini.

54. White Wedding Paper

lee yeonhee lee jinwook

Pelakon: Lee Jin-wook, Lee Yeon-hee

Drama ini membawa kisah pasangan berusia 30-an yang menjalani kehidupan turun naik semasa sedang mempersiapkan perkahwinan mereka.

55. Strange

strange

Pelakon: Ryu Kyung-soo, Shin Hyun-bin

Seorang ahli arkeologi berdepan dengan situasi mistik apabila sedang menyelidik mengenai patung pelik bernama ‘Gwibul’.

56. The King Of Pigs

tving the king of pigs

Pelakon: Kim Dong-wook, Kim Sung-kyu, Chae Jung-ahn

Drama thriller ini mengikuti kisah individu yang pernah menjadi mangsa keganasan dek siri pembunuhan misteri telah menerima mesej daripada rakan mereka pada 20 tahun yang lalu.

57. Work Later, Drink Now 2

tving work later, drink now

Pelakon: Lee Sun-bin, Jung Eun-ji, Han Sun-hwa, Choi Si-won

Berdasarkan webtoon, drama ini mengisahkan tiga sahabat yang hidup dengan falsafah untuk minum alkohol bersama selepas waktu kerja.

58. Beyond The Memory

tving beyond the memory

Pelakon: Han Ji-min, Shin Ha-kyun

Drama ini berdasarkan tulisan asal yang berkisarkan masa depan dan realiti virtual (VR). Ia mengisahkan seorang lelaki yang tak tentu arah kerana isterinya telah pun pergi kerana kanser. Pada suatu hari, dia menerima e-mel yang membolehkannya bersatu dengan isterinya selepas meninggalkan badannya.

59. Cheer Up

han jihyun bae inhyuk

Pelakon: Bae In-hyuk, Han Ji-hyun

Ianya merupakan drama komedi romantik dan misteri kampus mengenai skuad sorak di universiti yang hampir tenggelam meskipun gah dahulu. Walaupun nampak seperti tiada keinginan untuk hidup, ia menceritakan kisah romantik, yang sepatutnya dialami dalam keadaan sekarang.

60. Jane The Virgin

sung hoon im soohyang

Pelakon: Sung Hoon, Im Soo-hyang

Drama ini diadaptasi daripada siri komedi romantik Amerika yang diambil daripada telenovela Venezuela. Ianya membawa kisah seorang wanita dara yang mengandung anak chaebol generasi kedua dek kesilapan doktornya.

61. My Liberation Day

jtbc will this be my liberation

Pelakon: Kim Ji-won, Lee Min-ki, Son Suk-ku, Lee El

Drama ini membawa kisah tiga adik-beradik yang mahu keluar daripada kehidupan statik mereka dan seorang orang luar asing yang berpindah masuk ke kejiranan mereka.

62. K Project

project k

Pelakon: Park Seo-joon, Han So-hee, Wi Ha-joon

“K Project” ialah sebuah thriller mengenai kelangsungan hidup dan maruah manusia. Ia mengisahkan anak muda yang tinggal dalam waktu di mana kedaulatan dan hak dirampas dan mereka perlu melampau garisan supaya dapat merasai walau sedikit pun kebahagiaan.

63. Ants Are Riding

hong jonghyun han jieun

Pelakon: Hong Jong-hyun, Han Ji-eun

“Ants Are Riding” membawa kisah lima ‘semut’ yang menyertai pasaran saham dengan pelbagai cerita. Selepas menyertai perjumpaan misteri mengenai saham, kesemua mereka mula mempelajari mengenai kehidupan, persahabatan dan percintaan.

64. Little Women

kim goeun nam jihyun park jihoo

Pelakon: Kim Goeun, Nam Ji-hyun, Park Ji-hoo

Ia membawa kisah tiga adik-beradik yang membesar dengan latar belakang yang miskin dan melawan orang kaya dan keluarga berpengaruh di Korea. Plot yang mengejutkan akan terbongkar apabila mereka terbabit dengan insiden besar dan ketiga-tiganya perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kerja rumah yang menghantui seumur hidup mereka iaitu ‘wang’.

65. Superior Days

ocn superior day

Pelakon: Jingoo, Ha Do-kwon, Kim Won-geun

Diadaptasi daripada webtoon, ianya membawa kisah thriller di mana seorang lelaki mempunyai masa 24 jam untuk membunuh pembunuh bersiri yang tinggal di sebelah rumahnya bagi menyelamatkan anak perempuan yang diculik.

66. Green Mothers Club

green mothers club

Pelakon: Lee Yo-won, Choo Ja-hyen, Kim Gyu-ri, Jang Hee-jin, Joo Min-kyung

Kisah persahabatan 5 ibu yang mempunyai anak di sekolah rendah.

67. Money Game

money game

Pelakon: Ryu Jun-yeol, Bae Sung-woo

Berdasarkan webtoon, ia membawa kisah apabila 8 peserta perlu menggunakan duit sebanyak 44.8 bilion won (RM188.3 juta) dalam 100 hari.

68. Tree Dies At Their Feet

tree dies on their feet

Pelakon: Son Ye-jin, Kang Ha-neul, Sung Dong-il

Ia membawa kisah seorang wanita tua dari Korea Utara yang tidak mempunyai hayat yang panjang dan seorang pelakon teater yang berlakon sebagai cucunya bagi menunaikan permintaan terakhir wanita itu.

69. Queen Maker

netflix queen maker

Pelakon: Kim Hee-ae, Moon So-ri

“Queen Maker” membawa kisah wanita terdesak yang melemparkan dirinya dalam gaung yang dalam bagi mencipta dunia yang benar dan adil.

70. Anna

coupang play anna

Pelakon: Suzy, Jung Eun-chae, Kim Jun-han, Park Ye-young

“Anna” ialah drama 8 episod di mana seorang wanita yang mulanya hanya menipu sedikit dan kemudiannya hidup dalam kehidupan orang lain.

Cepatlah datang 2022!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...