Ikuti Kami:

Pergi Konsert Bersama, G-Dragon Didakwa Sedang Bercinta Dengan Cucu Pengerusi Syarikat Kini?

Pergi Konsert Bersama, G-Dragon Didakwa Sedang Bercinta Dengan Cucu Pengerusi Syarikat Kini?

Tiada angin tiada ribut, G-Dragon BIGBANG sekali lagi terpalit gosip bercinta dengan seseorang.

Baru-baru ini, media China melaporkan bahawa G-Dragon mempunyai hubungan romantik bersama cucu kepada pengerusi syarikat Shinsegae Group iaitu Lee Myung-hee, selepas kedua mereka pergi menonton konsert ‘Street Man Fighter’ di Seoul bersama.

Bagaimanapun, Shinsegae Group dengan tegas menafikan laporan berkenaan dengan memberi respon,

Jelas pihak Lee Myung-hee,

Ia sama sekali tidak benar. Kerana masih terdapat laporan spekulatif yang tidak berasas dan tidak disahkan, kami telah memutuskan untuk membuat kenyataan rasmi untuk menjelaskan kepalsuan ini.

 

Sambungnya lagi,

Selepas memeriksa dengan cucu perempuan Lee Myung-hee sendiri, dia pergi menonton konsert dengan sekumpulan orang dan dia hanya menyiarkan gambarnya bersama G-Dragon kerana dia peminatnya. Kami minta anda untuk tidak menerbitkan sebarang spekulasi tidak berasas mengenai perkara ini.

Dalam pada itu, YG Entertainment turut menafikan laporan berkenaan dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan khabar angin yang tidak berasas.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...