Rasanya mesti ramai yang teruja apabila mendapat tahu bahawa Tae-min bakal mengeluarkan album solo baru selepas album terakhirnya iaitu “WANT” dikeluarkan sudah hampir setahun lebih yang lalu.
Tetapi berita sedih buat SHAWOL apabila mereka mendapat tahu bahawa ahli termuda SHINee iaitu Tae-min kini terpaksa menangguhkan kemunculan semulanya dengan album terbaru dek insiden yang tak dijangka.
Kelmarin, tersebar laporan mengatakan bahawa pergelangan tangan kanan lelaki itu telah tercedera semasa sedang sibuk berlatih koreografi untuk lagu terbarunya. Meskipun ia bukanlah kecederaan yang serius tetapi Tae-min difahamkan memerlukan masa untuk pulih lantas terpaksa menolak kemunculan semulanya dengan album baru ke satu tarikh yang belum dapat dipastikan lagi.
Agensi naungannya iaitu SM Entertainment juga turut mengesahkan hal tersebut.
Satu bahagian pergelangan tangan kanan Tae-min retak apabila dia terjatuh semasa berlatih koreografi untuk lagu terbarunya. Dia kini sering ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan kami bercadang untuk menyusun semula jadual kemunculan albumnya berdasarkan progres kesembuhannya.
Rata-rata peminat bersedih apabila mendengar berita ini dan berharap agar Tae-min mendapatkan rehat yang secukupnya bagi memastikan kecederaannya itu benar-benar pulih.
Semoga semua baik-baik sahaja buat Tae-min!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.