Ikuti Kami:

Pergelangan Kaki Patah Masih Belum Pulih, Penonton Risau Lee Kwangsoo Kembali Ke ‘Running Man’

Pergelangan Kaki Patah Masih Belum Pulih, Penonton Risau Lee Kwangsoo Kembali Ke ‘Running Man’

“Running Man” sememangnya satu program hiburan yang tak asing lagi dan dikenali ramai. Meskipun bukan peminat K-Pop mahu pun K-Drama, boleh dijamin ada juga segelintir yang menonton program itu kerana lawaknya yang menghiburkan. Sebenarnya, kesemua ahli “Running Man” memainkan peranan yang penting dalam menjayakan rancangan itu termasuklah ‘Putera Asia’ iaitu Lee Kwangsoo!

Tapi sayangnya apabila beberapa minggu yang lepas, pelakon lelaki itu dikhabarkan terpaksa menarik diri daripada rancangan tersebut untuk seketika waktu. Ini kerana dia telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya sehingga terpaksa melalui pembedahan disebabkan oleh pergelangan kakinya yang patah.

lee kwangsoo running man

Disebabkan oleh kecederaan yang serius tersebut, ramai yang menganggap bahawa Lee Kwangsoo terpaksa berehat lama bagi memastikan pergelangan kakinya pulih seperti biasa. Tambahan pula, aktiviti melibatkan fizikal di “Running Man” bukanlah ‘kaleng-kaleng’! Jadi, tak sesuai untuk pelakon lelaki itu ‘berlari’ buat masa ini.

Walaubagaimanapun, semua terkejut apabila Lee Kwangsoo dikhabarkan akan kembali semula ke rancangan itu pada episod minggu hadapan. Bermakna, dia hanya ‘menghilangkan diri’ selama dua episod sahaja. Meskipun sakit, lelaki itu nampak aktif betul dalam sedutan pendek yang dimuat nak oleh pihak “Running Man”.

lee kwangsoo kembali ke running man

Walaupun gembira, tetapi ramai yang melahirkan rasa risau dengan kecederaan yang dialaminya. Biasanya, pergelangan kaki yang patah mengambil masa beberapa bulan untuk kembali pulih sepenuhnya. Ramai yang mempersoalkan sekiranya keputusan untuk menyertai semula “Running Man” dalam masa yang singkat akan memberikan kesan panjang kepada kecederannya itu.

Satu sumber daripada agensinya iaitu King Kong by Starship turut memberikan sedikit penjelasan mengenai kecederaan artis mereka itu.

Kondisinya sudah bertambah baik tetapi dia belum pulih sepenuhnya. Dia masih lagi menjalani rawatan dan dalam masa yang sama, dia berhati-hati.

Semoga Lee Kwangsoo cepat sembuh dan dalam masa yang sama tidak menyusahkan dirinya kerana “Running Man”. Kesihatan adalah lebih penting!

Sumber: TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...