Ikuti Kami:

“Perempuan Tua..” – Didakwa Bercinta Dengan Jungkook BTS, Instagram Lee Yoobi Dibanjiri Kecaman

“Perempuan Tua..” – Didakwa Bercinta Dengan Jungkook BTS, Instagram Lee Yoobi Dibanjiri Kecaman

Peminat industri hiburan Korea pastinya tahu bahawa wartawan yang bertukar menjadi YouTuber iaitu Lee Jin-ho, seringkali menyebarkan khabar angin mengenai selebriti Korea..

Baru-baru ini, Lee Jin-ho telah memuat naik satu video baru di saluran YouTubenya, menjelaskan mengenai khabar angin percintaan antara Jung-kook BTS dan pelakon Lee Yoo-bi.

Khususnya dalam video tersebut, lelaki itu mengesahkan bahaha Jung-kook dan Lee Yoo-bi pernah bercinta sehingga Mei tahun lalu. Ingin membuktikan ia adalah benar, dia juga turut mendedahkan bahawa kedua mereka mempunyai ‘couple item’ iaitu gelang tangan dan ahli BTS itu juga telah menghadiahkan beg mewah kepada Lee Yoo-bi.

Di penghujung video, YouTuber itu menekankan,

Melalui seorang pegawai yang mengenali mereka berdua, saya boleh mengesahkan bahawa mereka berdua masih bercinta sehingga 2021. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada hubungan mereka berterusan selepas Mei tahun lalu.

jungkook lee yubi

Meskipun ia hanyalah khabar angin tanpa bukti kukuh namun, akaun Instagram Lee Yoo-bi dilihat terus dibanjiri komen jahat sejurus selepas video tersebut tersebar. Antara komen yang ditulis adalah termasuk,

Hey perempuan tua, jangan fikir nak dekat dengan Jung-kook.

 

Pergi bercinta dengan lelaki yang umurnya sebanya dengan awak.

 

Sila hidup tenang tanpa Jung-kook, ok?

Oleh itu, pelakon wanita itu telah menutup ruangan komen di entri terbaru yang dimuat naiknya pada minggu lalu.

Untuk pengetahuan, Lee Yoo-bi berumur 32 tahun kini, iaitu 7 tahun lebih tua dari Jung-kook.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...