Ikuti Kami:

“Percintaan Dalam Program Hiburan Tak Akan Jadi” – Gary Sebut Pasal Jihyo Secara Tersirat Dalam ‘Superman Returns’?

“Percintaan Dalam Program Hiburan Tak Akan Jadi” – Gary Sebut Pasal Jihyo Secara Tersirat Dalam ‘Superman Returns’?

Dah 3 tahun melangkah keluar daripada rancangan “Running Man”, Kang Gary kini nampak lebih bahagia dengan kehidupan barunya. Sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang comel, lelaki itu masih lagi kelakar seperti dahulu. Ini terbukti apabila penyanyi rap tersebut tampil relaks dan santai dalam rancangan “Superman Returns” bersama Kang Haoh iaitu anaknya. Rata-rata penonton juga terpersona dengan anak-beranak ini yang menambahkan warna kepada rancangan hiburan tersebut.

Semasa tayangan episod baru “Superman Returns” baru-baru ini, ramai penonton yang terkesima apabila Gary sepertinya mengeluarkan kenyataan yang maksud tersiratnya berkaitan dengan Song Jihyo semasa mereka ‘berpasangan’ dalam “Running Man”.

monday couple running man

Gary telah membawa Haoh untuk berjumpa dengan pemilik premis hartanah sebagai ucapan terima kasih kerana membantunya mencari trak pindah rumah yang merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki itu pada suatu ketika dahulu. Pun begitu, semasa berada di premis itu pemilik tersebut terpaksa keluar sebentar dan meminta kedua beranak itu untuk menjaga kedainya sebentar.

Walaubagaimanapun, semasa sedang menjaga pejabat tersebut, terdapat dua gadis yang datang kerana ingin melihat hartanah untuk rujukan mereka di sekitar kejiranan itu. Mereka nyata terkejut kerana terlihat Gary dan Haoh di dalam pejabat tersebut dan bukannya pemilik sebenar. Kedua gadis itu meluahkan rasa teruja mereka dan memberitahu bahawa mereka adalah peminat tegar “Superman Returns”.

superman returns gary

Sambil seronok berinteraksi dengan Haoh, kanak-kanak itu telah menghulurkan kotak jus minuman yang dipegangnya ke arah mereka. Saja mengusik, salah seorang daripada gadis tersebut menanyakan ‘kakak’ yang mana dia mahu berikan air tersebut. Bukan sekali itu sahaja, Haoh berkali-kali menghulurkan hadiah kepada kakak yang seorang itu menunjukkan bahawa dia sudah ‘jatuh hati’ dengannya. Sambil itu, Gary pun berseloroh dan mengusik anaknya.

Kenapa awak abaikan kakak yang seorang lagi?

Tak cukup dengan itu, Gary berterusan mengusik dan membuat lawak melihat Haoh yang betul-betul tak lepas pandang dengan gadis itu.

Dia asyik mengorat. Siapakah yang awak ikut dalam keluarga kita sampai awak jadi penggoda macam ini?

Kedua-dua gadis itu tertawa besar mendengar kata-kata Gary itu. Kenyataan lelaki itu yang seterusnya langsung membuatkan ramai orang tertanya-tanya tentang maksud tersirat disebaliknya.

Hubungan cinta yang berlaku dalam rancangan hiburan selalunya tak akan menjadi.

superman returns gary

Rata-rata penonton membuat spekulasi bahawa Gary menujukan kenyataan itu kepada hubungan cintanya bersama Song Jihyo dalam rancangan “Running Man” suatu ketika dahulu.

Tetapi Gary sepertinya memang suka Song Jihyo dahulu.

 

Song Jihyo semasa dalam ‘Monday Couple’ pun ada teman lelaki diluarnya. Rancangan ‘We Got Married’ pun sama. Sepatutnya rancangan hiburan hanya dianggap sebagi rancangan hiburan sahaja.

 

Hanyalah skrip sahaja.

 

Semuanya yang ditonjolkan di kaca televisyen ialah bisnes sahaja.

Mukan Gary hanya nak berseloroh sahaja, Kim Jongkook pun ada mengusik Song Jihyo mengenai hubungan mereka dalam “Running Man” baru-baru ini. Untuk hiburan penonton sahaja!

Sumber: Sports Today

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...