Ikuti Kami:

“Perasaan Berkahwin? Sama Seperti Dulu” – Respon Song Joongki Kembali Bergelar Suami Jadi Perhatian

“Perasaan Berkahwin? Sama Seperti Dulu” – Respon Song Joongki Kembali Bergelar Suami Jadi Perhatian

Umum mengetahui bahawa Song Joong-ki sudah pun berkahwin buat kali kedua bersama Katy Louis Saunders dan bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi.

Mungkin sudah matang, pelakon berkenaan kelihatan tidak kisah berkongsi mengenai isterinya itu bersama umum. Terbaru, dia telah bercerita lebih mengenai kehidupan berkahwin dalam sebuah temubual bersama GQ Korea.

Antara soalan yang ditanyakan ialah mengenai perasaan bergelar suami. Jawabnya,

Benar ia memberikan saya perasaan baru tapi sepertinya ia masih sama seperti sebelum ini.

song joongki katy louis saunders

Rata-rata peminat tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘sebelum ini. Ada yang menebak ia merujuk kepada perkahwinan pertamanya bersama Song Hye-kyo namun ada yang mengatakan bahawa Song Joong-ki mengatakan perasaannya sama ketika sedang bujang.

Apa pun, semoga pasangan ini bahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...