Ikuti Kami:

Serang & Ugut Sebar Video Seksual, Bekas Kekasih Goo Hara Ditetapkan Jalani Hukuman Penjara Setahun

Serang & Ugut Sebar Video Seksual, Bekas Kekasih Goo Hara Ditetapkan Jalani Hukuman Penjara Setahun

Pada September 2018, Goo Ha-ra dan bekas teman lelakinya iaitu Choi Jong-bum telah terlibat dalam pergaduhan fizikal. Lelaki itu pada awalnya melaporkan pada pihak polis bahawa wanita itu yang menyerangnya dahulu dan Goo Ha-ra kemudiannya membalas laporan tersebut dengan mengatakan bahawa lelaki tersebut mengugut untuk menamatkan kariernya dengan rakaman video seksual mereka.

Pada 2019, Choi Jong-bum disabitkan dengan kesalahan Akta Kes Khas Berkenaan Hukuman Jenayah Seksual (merakam bahagian tubuh badan tanpa izin), serangan sehingga menyebabkan kecederaan, ugutan, paksaan serta pemusnahan dan kerosakan harta benda. Dalam perbicaraan pertamanya pada Ogos 2019, lelaki itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun 6 bulan dengan pantauan selama 3 tahun di mana kedua-dua defendan dan pendakwa membuat rayuan.

choi jongbum bekas kekasih goo hara

Semasa perbicaraan rayuannya pada Mei tahun ini, Choi Jong-bum mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan kecuali rakaman tanpa izin dan mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tanpa penggantungan. Pun begitu, keluarga Goo Ha-ra memilih untuk merayu hukuman baru tersebut dan ia kemudiannya di bawa ke Mahkamah Tinggi.

Pada 15 Oktober, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mengekalkan pertuduhan Choi Jong-bum iaitu hukuman penjara selama setahun. Ini kerana dalam dua perbicaraan awal Choi Jong-bum, mahkamah mendapati bahawa dia bersalah terhadap kesemua pertuduhan tetapi tidak bersalah untuk pertuduhan merakam bahagian tubuh badan tanpa keizinan dengan menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat membuktikan bahawa rakaman tersebut berlaku tanpa kebenaran Goo Ha-ra.

Oleh itu, lelaki tersebut bakal menjalani hukuman penjara selama setahun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...