Apa yang terjadi ni?
Tular di Korea apabila seorang ahli kumpulan SPECTRUM yang dikenali sebagai Hwarang atau nama sebenarnya Park Jong-chan yang berusia 28 tahun dituduh merakam video bogel wanita secara haram.
Hwarang telah disaman selepas didapati melanggar Akta Khas Hukuman Jenayah Keganasan Seksual (penggambaran menggunakan kamera dan lain-lain) pada bulan Ogos yang lalu. Dia mengenali mangsa, yang bukan selebriti wanita yang berusia didalam 20-an melalui media sosial sebelum menjemput mangsa untuk datang ke rumahnya di hujung Julai yang lalu. Di mana pada masa itu dia telah didapati membuka pakaian mangsa tanpa kebenaran ketika mangsa sedang tidur akibat mabuk dan merakam tubuh badan mangsa.
Kata mangsa,
Saya minum lebih daripada kebiasaan ketika berada di rumah dia sebelum tertidur akibat mabuk. Namun, saya terjaga apabila terdengar bunyi video sedang dirakam dan kelihatan seperti ada cahaya kamera dihadapan saya…Dia sedang merakam tubuh badan saya ketika itu. Walaupun saya berada dalam keadaan mabuk dan kurang sedar, saya yang sedang terkejut cuba untuk menghalang kamera dengan tangan saya sambil meminta dia untuk berhenti merakam tubuh badan saya…Saya takut jika dia menyebarkan video tersebut…
Selepas kejadian itu berlaku, mangsa sering berasa bimbang sehingga ianya memberikan kesan terhadap kehidupan sehariannya. Malah, jantung mangsa juga akan berdebar-debar setiap kali melihat cahaya kamera.
Disebabkan kejadian ini, Hwarang yang baru sahaja selesai menjalani rakaman drama web telah dilaporkan disunting keluar dari drama itu. Malah, video promosi yang menampilkan dia juga telah diprivasikan.
Korang semua berhati-hati tau kalau pergi ke rumah orang yang baru dikenali!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.