Ikuti Kami:

Penuh Tangisan, Episod Akhir Little Forest Undang Sebak Penonton!

Penuh Tangisan, Episod Akhir Little Forest Undang Sebak Penonton!

Sedih betul apabila rancangan “Little Forest” sudah menamatkan tayangannya pada 7 Oktober lepas. Rancangan ini mengangkat tema ‘penyembuhan’ di mana mereka membawa sekumpulan kanak-kanak ke sebuah hutan untuk menjauhkan mereka daripada hiruk-pikuk kota. Di situ mereka belajar mengenai tanaman dan pelbagai lagi kemahiran lain dengan bantuan selebriti seperti pelawak Park Narae, pelakon Lee Seunggi, pelakon Lee Seojin dan pelakon Jung Somin.

Kesemua selebriti itu tidak mampu menyembunyikan rasa sedih mereka apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada semua kanak-kanak tersebut selepas lama menghabiskan masa bersama. Sebagai hiburan, Park Narae telah ‘berubah’ manjadi pari-pari hutan dan menanyakan kepada anak-anak itu mengenai pendapat jujur mereka tentang kesemua cikgu di situ.

Brooke mengatakan, “Pak Cik Lee, saya sayang awak!” dan Han turut menambah, “Pak Cik Lee, datanglah bermain dengan kami dan jangan asyik memasak di dapur sahaja.” Luahan mereka itu nyata membuat para selebriti di situ sebak. Yoo Jin pula memegang Park Narae dan menyatakan perlahan, “Cik Pari-pari, sentiasa jaga kesihatan.” Alahai sedihnya!

episod terakhir little forest

Semasa mengucapkan selamat tinggal kepada Jung Somin, Brooke berkata, “Apabila besar nanti, saya nak jadi cikgu di sini (Little Forest).” lantas menyebabkan air mata pelakon wanita itu bergenang. Park Narae juga menitikkan air mata apabila Lee Han menanyakannya sama ada dia mengetahui maksud lagu “Remember Me” daripada filem “Coco”.

Dalam temu bual terakhirnya, Lee Seunggi menjelaskan, “Orang dewasa juga susah untuk menerima perpisahan. Kami tak ubah seperti anak-anak itu. Kami tak sedar bahawa ia adalah untuk yang terakhir kalinya.”

episod akhir little forest undang sebak

Akhir sekali, apabila Brooke memberikan Lee Seojin pelukan terakhirnya, pelakon lelaki itu tidak dapat menahan sebak. “Saya tidak pernah menangis dalam televisyen.” Dia menjelaskan,“Saya berasa emosi tetapi saya putuskan saya tak boleh kelihatan lemah di hadapan anak-anak itu.”

little forest bawa air mata pada episod akhirnya

Sesiapa yang menonton rancangan “Little Forest” mesti turut menangis sekali bersama mereka semua kan? Sedih betul apabila melihat muka sedih kesemua anak-anak itu. Mereka baru sahaja rapat namun sudah terpaksa berpisah, siapa saja yang tak sedihkan?

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...