Ikuti Kami:

Penuh Elemen ‘Dewasa’, ‘Squid Game’ Terima Rating 19+ Tertinggi Dalam Sejarah Netflix Korea

Penuh Elemen ‘Dewasa’, ‘Squid Game’ Terima Rating 19+ Tertinggi Dalam Sejarah Netflix Korea

Teruja betul nak melihat kelainan drama “Squid Game” yang bakal ditayangkan di Netflix tak lama lagi.

Ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta). “Squid Game” dibintangi oleh nama hebat seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon, Kim Joo-ryung dan Jung Ho-yeon. Bahkan Gong Yoo juga dikahabarkan akan membuat kemunculan istimewa di dalam drama ini.netflix squid gameDinantikan ramai, “Squid Game” telah pun menerima rating tontonan 19 tahun ke atas kerana beberapa elemen. Bahkan ianya menerima markah tertinggi bagi had tontonan itu dalam sejarah drama Netflix.

Ianya menerima label sedemikian kerana tema, seks, keganasan dan bahasa. Bagi kategori seram, dadah dan risiko imitasi pula, ianya mendapat rating ‘separa tinggi’.netflix squid gameDaripada senarai ini, ianya dikira sebagai ‘tinggi’ bagi 4 kategori dan ‘separa tinggi’ bagi 3 kategori lain. Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh “Extracurricular” yang menerima label ‘tinggi’ bagi tema, keganasan, bahasa, dan risiko imitasi manakala ‘separa tinggi’ bagi seram dan dadah selain ‘rendah’ untuk seks.

Nantikan “Squid Game” di Netflix pada 17 September ini okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...