Rasanya ramai yang teruja apabila mendengar bahawa pelakon hebat iaitu Ju Ji-hoon dan Jun Ji-hyun akan bergandingan dalam sebuah drama baru kan? Susah kot nak dapatkan dua pelakon hebat dalam sebuah drama seperti ini!
Kalau anda nak tahu, “Mount Jiri” membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri. Jun Ji-hyun bakal membawa watak sebagai Seo Yi-kang iaitu renjer hebat yang mengetahui selok-belok Taman Negara Gunung Jiri. Manakala Ju Ji-hoon pula akan melakonkan watak Kang Hyun-jo iaitu lepasan akademi ketenteraan yang menyimpan rahsia tersembunyi dan menjadi renjer baru disamping Seo Yi-kang.
Bakal ditayangkan pada 2021, tvN telah meriliskan beberapa gambar kedua pelakon ini di set penggambaran untuk menaikkan lagi jangkaan semua Wow!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.