Ikuti Kami:

Penonton Tergamam ‘The Penthouse’ Gambarkan Watak Eugene Sebagai ‘Lelaki’, SBS Beri Penjelasan

Penonton Tergamam ‘The Penthouse’ Gambarkan Watak Eugene Sebagai ‘Lelaki’, SBS Beri Penjelasan

Episod terbaru “The Penthouse” buat penonton gelabah dek salah satu babaknya melibatkan Oh Yoon-hee (Eugene).

Dalam episod ke 19, dapat dilihat dalam fail ujian DNA Oh Yoon-hee di mana kromosom seks wanita itu diklasifikasikan sebagai ‘XY’ iaitu kromosom untuk jantina lelaki.

Disebabkan oleh drama ini yang penuh dengan kejutan dan plot twist tidak dijangka, rata-rata penonton menyangka yang Oh Yoon-hee sebenarnya ialah transgender. Bahkan ramai yang menganggap ini adalah salah satu debaran menjelang penghujung musim pertama “The Penthouse”.

the penthouse

Lagi pula, ada yang ‘speku’ mengenai jantina Oh Yoon-hee apabila dalam poster drama itu apabila hanya watak wanita yang berdiri di samping watak lelaki yang lain. Perghh dahsyat betul kajian penonton!

sbs penthouse

Selepas kekecohan ini, wakil SBS telah tampil untuk memberikan kenyataan rasmi mengenai hal tersebut,

Ia adalah kesilapan prop. Kami akan menyunting babak tersebut dengan sewajarnya dalam servis VOD nanti bagi memastikan penonton tidak salah sangka ataupun berasa tidak selesa.

Punyalah ‘plot twist’ “The Penthouse” ini sampaikan penonton dah tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku dalam setiap episod. Kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...