Ikuti Kami:

Penonton Tak Puas, Ini Sebab Kenapa Banyak K-Drama Hanya Ada 12 Episod Kini

Penonton Tak Puas, Ini Sebab Kenapa Banyak K-Drama Hanya Ada 12 Episod Kini

Siapa penonton setia K-Drama kat sini?

Korang perasan tak, kebanyakan K-Drama yang dikeluarkan baru-baru ini, semuanya mempunyai kurang daripada 16 episod?

Misalnya, drama “A Business Proposal” yang dibintangi oleh Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop, telah mendapat banyak populariti sejak pertama kali ditayangkan. Drama yang bermula dengan rating 4.9% di seluruh negara, menjadi semakin popular dan akhirnya melepasi 10% rating penonton. Bagaimanapun, ramai yang terkejut kerana drama ini hanya mempunyai 12 epsiod dan kini hanya tinggal empat episod lagi sebelum tamat.

Tidak seperti K-Drama sebelum ini dengan lebih banyak episod, “A Business Proposal” dirancang sebagai drama 12 episod. Oleh itu, perkembangan cerita drama itu sangat pantas dan mampu menarik perhatian penonton. Selain itu, drama “Thirty-Nine” turut mempunyai jalan cerita yang pantas, dengan hanya 12 episod juga.

Namun persoalannya, mengapa K-Drama kini kebanyakannya diterbitkan dengan episod yang semakin sedikit? Biasanya, drama Korea terdiri daripada 16 hingga 24 episod dan ia telah dianggap sebagai kebiasaan untuk menyiarkan dua episod seminggu selama 8 hingga 12 minggu tayangan. Namun kini, terdapat banyak drama yang dihasilkan dengan hanya 12 atau 8 episod sahaja.

navillera youth of may inspector koo

Drama seperti “Navillera”, “Youth of May”, “Inspector Koo”, “Happiness”, “The Veil” dan “Bad and Crazy” ialah antara drama dengan hanya 12 episod yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Netflix adalah platform pertama yang memulakan aliran drama pendek ini. Dalam perkhidmatan video dalam talian (OTT), drama biasanya dihasilkan dalam 8 hingga 10 episod, dan atas sebab ini, kelajuan pembangunan cerita adalah sangat pantas, mengurangkan rasa ‘bosan’ penonton.

Antara sebab yang diulas di saluran YouTube News Market, penonton kini kekurangan masa untuk duduk di hadapan TV dan menonton siaran langsung drama. Ini kerana terdapat lebih banyak penonton menonton tayangan semula drama melalui laman penstriman dalam talian seperti Netflix, Viu atau Disney+, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau selepas waktu kerja, sehari selepas drama itu disiarkan secara langsung.

Jika bilangan episod dikurangkan, masa pengeluaran boleh dijamin, dan kualiti boleh dipertingkatkan, serta penonton tidak akan berasa bosan dengan jalan cerita yang mungkin akan jadi agak berlarutan. Begitu juga dengan episod drama Korea yang akan dikeluarkan pada 2022 seperti “Pachinko” lakonan Lee Min-ho dan Youn Yuh-jung ialah lapan episod, “A Model Family” lakonan Jung Woo dan Park Hee-soon ada sepuluh episod, dan “Money Heist” versi Korea juga dihasilkan sebanyak 12 episod sahaja.

Kebanyakan respon penonton terhadap drama yang lebih pendek adalah positif. Antara komen mereka:

Saya ingin ia pendek sedikit.

Saya suka kerana ceritanya tidak akan berlarutan.

sbs a business proposal

Walau bagaimanapun, terdapat juga reaksi yang kurang gembira oleh penonton, buat drama yang popular dan mendapat sambutan:

Tolong panjangkan episod ‘A Business Proposal’.

Pendek sangat la.

Untuk pengetahuan, jika episod sesebuah drama dipendekkan, syarikat penyiaran perlu menghasilkan lebih banyak drama, yang pastinya akan membawa kepada beban kos produksi. Namun, dek kerana banyak syarikat laman penstriman yang besar semakin kerap menghasilkan drama dengan kurang daripada sepuluh episod, dijangkakan drama akan menjadi lebih pendek pada masa hadapan.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...