Ikuti Kami:

Penonton Suka Lihat Ending, Episod Akhir ‘Police University’ Raih Rating Baik

Penonton Suka Lihat Ending, Episod Akhir ‘Police University’ Raih Rating Baik

Sedih betul apabila drama kegemaran kita menamatkan tayangan kan? Sama lah apabila “Police University” melabuhkan tirai kelmarin selepas 16 episod menghiburkan semua.

Sinopsis

Drama ini menceritakan siasatan yang kelam-kabut berlaku apabila Yoo Dong-man (Cha Tae-hyun) seorang profesor di universiti kepolisan elit bergabung tenaga dengan dua pelajarnya. Seorang ialah Kang Sun-ho (Jin-young), si bijak pandai dan si penggodam, Oh Kang-hee (Krystal).

Kesudahan bahagia

[Amaran SPOILER]

Mengakui kesalahannya yang lalu, Sun-ho memilih untuk dihukum dan menolak untuk kembali semula ke universiti. Namun kerana kes yang sudah lama ditutup, pihak polis meminat lelaki itu untuk membantu mereka menyelesaikan kes sedia ada.

kbs police university

Melompat ke dua tahun kemudian, Sun-ho memilih untuk menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Walaubagaimanapun, dengan bantuan Profesor Yoo, dia ditawarkan kembali untuk memasuki akademi tersebut. Bahkan dia kembali bersatu dengan rakan lama meskipun sebagai jurulatih dan pelatih.

Kang-hee juga tidak berputus asa dan kedua mereka berjanji akan bersama dengan satu sama lain sehingga ke akhirnya. Drama tersebut diakhiri dengan kebahagiaan yang jelas terpancar pada wajah setiap daripada watak itu apabila mereka bergambar bersama.

kbs police university

Rating baik

Menurut Nielsen Korea, episod akhir “Police University” mencatatkan rating sebanyak 6.3% di mana ia merupakan satu angka yang konsisten bagi separuh kedua drama itu. Meskipun pernah mencapai catatan terbaik sebanyak 8.5% apada separuh pertama namun ianya hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 5% ke 6% kemudiannya kerana beberapa drama baru yang memberikan saingan sengit.

Dah rindu dengan kekecohan skuad “Police University” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...