Ikuti Kami:

Penonton Suka Lakonan Barisan Teraju Utama, Episod Awal ‘River Where The Moon Rises’ Catat Rating Tinggi

Penonton Suka Lakonan Barisan Teraju Utama, Episod Awal ‘River Where The Moon Rises’ Catat Rating Tinggi

Dalam diam, ramai sebenarnya peminat antarabangsa bahkan Malaysia sendiri yang suka tonton drama bersejarah Korea.

Antara salah satu drama bersejarah best yang korang boleh tonton sekarang ini ialah “River Where The Moon Rises”. Serius mantap gandingan Jisoo dan Kim So-hyun!

Sinopsis ringkas

Drama bersejarah ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara Pyeonggang dan On Dal yang merupakan watak dalam kisah dongeng zaman Goguryeo. Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin ialah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi wanita pertama yang memerintah Goguryeo. Malah dia sanggup menggunakan perasaan On Dal yang suci kepadanya untuk mencapai impian tersebut.

kbs river where the moon rises

Penonton seronok lihat episod awal

Lakonan Kim So-hyun sememangnya hebat jika dibandingkan dengan rakan pelakon seusia dengannya malah dia juga mampu menandingi mutu lakonan pelakon senior. Gadis ini bahkan membuatkan penonton memberikan ‘thumbs-up’ kerana berjaya melakonkan dua watak berbeza dalam episod awal drama ini iaitu sebagai Pyeonggang yang ‘tough’ dan juga Raja Permaisuri yang elegan.

Malah kemunculan istimewa Kang Ha-neul sebagai bapa kepada watak Jisoo juga meninggalkan impak yang baik kepada penonton. Masih lagi di awal penceritaan, penonton masih belum disajikan dengan laras hubungan utama di antara Pyeonggang dan On Dal.

kbs river where the moon rises

Rating ‘masyuk’

Baru sahaja di awal tayangan, namun “River Where The Moon Rises” sudah pun menunjukkan catatan rating yang baik. Malah episod keduanya juga sudah menghampiri garisan 10% di mana ia telah mencatat catatan sebanyak 5.8% dan 9.7%.

Nampak gayanya, drama ini pastinya akan meraih rating yang lebih tinggi selepas ini sekiranya ia mengekalkan momentum mantap seperti awalnya ini.

Kepada yang berminat, korang boleh langgan Viu untuk tonton “River Where The Moon Rises”. Jangan terlepas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...