Ikuti Kami:

Penonton Sebut ‘Wow’ Lihat Lakonan Penuh Perasaan Kim Soohyun Dalam ‘One Ordinary Day’

Penonton Sebut ‘Wow’ Lihat Lakonan Penuh Perasaan Kim Soohyun Dalam ‘One Ordinary Day’

Tak peliklah mengapa Kim Soo-hyun menjadi antara pelakon dengan bayaran tertinggi di Korea. Apabila dia berlakon, sudah pasti penonton turut sama dapat merasai perasaan wataknya seperti mereka berada di tempatnya.

Sama seperti bakat lakonan yang ditunjukkan dalam dua episod awal “One Ordinary Day” baru-baru ini. Untuk pengetahuan, dia membawa watak seorang pelajar kolej bernama Kim Hyun-soo yang dalam satu malam berubah nasibnya selepas dituduh membunuh.

[Amaran SPOILER]

Selepas meluangkan masa satu malam yang menyeronokkan bersama Hong Guk-hwa (Hwang Se-on), lelaki itu dikejutkan dengan mayat wanita berkenaan yang berlumuran berdarah dek tikaman selepas bangun daripada tidur. Cuba melarikan diri, namun dia kembali dan menjadi suspek utama insiden berkenaan dengan pelbagai bukti yang menundung ke arahnya.

kim soohyun one ordinary day

Selepas tuduhan berkenaan, lakonan Kim Soo-hyun yang mendalam selain tangisan yang menyentuh jiwa sambil berkata “Bukan saya”, “Saya tak lakukannya” ternyata membuatkan penonton bersimpati dengannya. Malah ianya nampak sangat menyakinkan apabila babak terdesak itu menonjolkan ekspresi dan pernafasan berbeza pada setiap sebutan lantas membuktikan bahawa lelaki itu merupakan pelakon yang hebat. Malah semakin meruntun jiwa kerana dek kenaifan Kim Hyun-soo, tiada siapa yang mahu mendengar dan mempercayai cerita di pihaknya.

kim soohyun one ordinary day

Komen penonton,

Saya tahu dia hebat berlakon, namun dia sangat bagus dalam ‘One Ordinary Day’.

 

Penatnya kerana saya tenggelam sungguh.

 

Saya bertul-betul mendalaminya.

 

Lakonan menangis Kim Soo-hyun memang terbaik!

Bakal menjalani kehidupan di dalam penjara nanti, ramai yang sudah tidak menantikan nasib Kim Hyun-soo.

Rasa kasihan betul bila tengok babak menangis itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...