Ikuti Kami:

Penonton Puji Lakonan Hebat Im Joohwan Berbanding Lee Yeonhee & Ok Taecyeon Selamatkan ‘The Game: Towards Zero’

Penonton Puji Lakonan Hebat Im Joohwan Berbanding Lee Yeonhee & Ok Taecyeon Selamatkan ‘The Game: Towards Zero’

Bagi menggantikan drama “Love With Flaws” yang sudah tamat, MBC telah menayangkan drama bertajuk “The Game: Towards Zero” iaitu sebuah naskhah thriller dan seram. Ramai yang teruja menantikan drama ini kerana ini ialah drama pertama yang dilakonkan oleh Ok Taecyeon selepas ahli kumpulan 2PM itu tamat latihan khidmat ketenteraannya.

Sinopsis “The Game: Towards Zero”

Drama misteri ini mengisahkan tentang tukang ramal yang dapat melihat kejadian sebelum seseorang itu mati. Watak peramal ini iaitu Taepyeong dimainkan oleh Ok Taecyeon merupakan seorang yang kaya, kacak dan bijak. Walaupun mempunyai kemahiran yang menyeramkan, dia ialah yang sangat ramah dan ceria. Lee Yeonhee yang melakonkan watak Joonyoung iaitu seorang detektif kes pembunuhan tanpa sengaja telah terlibat sama dalam pelbagai misteri kematian yang sedang disiasat oleh lelaki itu dan dalam masa yang sama turut membongkar rahsia paling dalam dalam kes tersebut.

the game: towards zero

Lakonan ‘kayu’

Meskipun meraih rating yang boleh tahan tinggi sepanjang 6 episod tayangannya, kebanyakan penonton yang tepuk dahi melihat lakonan dua orang teraju utamanya iaitu Ok Taecyeon dan Lee Yeonhee. Dah menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak 2001 pun, tetapi nampaknya tahap lakonan pelakon wanita ini tiada kemajuan langsung. Tsk tsk!

the game: towards zero lee yeonhee

Bukan itu sahaja, Ok Taecyeon turut menerima kritikan ramai kerana dikatakan berlakon tanpa mampu memberikan emosi yang selari dengan sesuatu babak itu. Hal ini menyebabkan penonton tak mampu menjiwai atau pun ‘tenggelam’ dalam plot cerita itu. Rata-rata penonton setia memuji jalan cerita “The Game: Towards Zero” yang unik dan mendebarkan tetapi cuma mengeluh dengan mutu lakonan yang ditonjolkan oleh watak utama yang sepatutnya memberikan yang terbaik kerana mereka adalah tunjang drama ini.

the game: towards zero ok taecyeon

Im Joohwan dapat perhatian

Dalam pada Lee Yeonhee dan Ok Taecyeon menerima celaan rata-rata penonton, walaubagaimanapun mereka beri pujian melambung kepada Im Joohwan yang merupakan watak ketiga terpenting dalam drama misteri tersebut. Memainkan peranan sebagai pegawai perubatan forensik dengan nama Goo Dokyung, tiada siapa dapat mengagak kisah sebenar disebalik pandangan matanya yang tajam. Disyaki juga bahawa dia sebenarnya merupakan kunci utama kepada keseluruhan plot “The Game: Towards Zero” ini.

the game: towards zero im joohwan

Disebabkan oleh lakonan padu yang ditonjolkan oleh pelakon berbakat ini, para penonton mengucapkan terima kasih kepada usaha kerasnya bagi menghidupkan lagi drama ini daripada terus merudum kerana lakonan kedua teraju utama naskhah tersebut.

Lakonan Im Joohwan sangat hebat!!! Dapat dilihat usaha dan kemajuan~

 

Tolong bagi bayaran yang lebih tinggi kepada Im Joohwan berbanding pelakon utama Ok Taecyeon dan Lee Yeonhee yang berlakon buruk ini.

 

Drama yang diangkat penuh oleh Im Joohwan.

 

Saya sangat suka dengan lakonan Im Joohwan.

Susah juga kalau teraju utama tak pandai berlakon kan? Macam mana penonton nak faham drama tersebut sekiranya pelakon nampak kaku dan kekok.

Sumber: MK Sports, Sports Kyunghyang

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...