Ikuti Kami:

Penonton Puas Hati Tonton Ending ‘Kairos’, Persoal Rating Rendah Sepanjang Tayangan Meski Plot Baik

Penonton Puas Hati Tonton Ending ‘Kairos’, Persoal Rating Rendah Sepanjang Tayangan Meski Plot Baik

Dalam banyak banyak drama bertemakan perbezaan masa tahun ini, rasanya “Kairos” antara yang menerima pujian ramai. Selepas 16 episod bersiaran, akhirnya naskhah itu sudah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Sinopsis ringkas

“Kairos” ialah sebuah ‘drama thriller fantasi mengenai pengembaraan masa’ di mana takdir Kim Seo-jin (Shin Sung-rok) yang anak perempuannya diculik mula berbelit dengan Han Ae-ri (Lee Se-young), seorang wanita yang sedang mencari ibunya yang hilang. Daripada perspektif Kim Seo-jin, Han Ae-ri berada sebulan sebelumnya namun mereka berdua boleh berkomunikasi daripada waktu yang berbeza. Dengan kelebihan ini, mereka berdua bergabung tenaga bagi menyelamatkan orang yang tersayang.

episod akhir kairos

[Amaran SPOILER]

Bahagia buat semua

Rata-rata penonton meluahkan rasa gembira apabila melihat Kim Seo-jin dan anaknya Da-bin akhirnya mengecapi kebahagiaan selepas melalui pelbagai kesukaran dek pelan gila isteri lelaki itu. Bahkan Han Ae-ri juga berjaya menemui kebahagiannya pada penghujung episod itu. Malah kedua mereka mengekalkan hubungan yang baik meskipun memulakan perkenalan itu dengan konflik yang banyak.

Tapi yang paling penonton puas hati ialah apabila Hyun-chae (Nam Gyu-ri) menerima balasan atas kesemua perbuatan jahatnya dan dipenjara seumur hidup.

episod akhir kairos

Rating sederhana

“Kairos” ternyata dipuji sebagai sebuah drama bermain dengan masa yang baik kerana tidak membuatkan penonton keliru menonton perkembangan plotnya meskipun ia melompat di antara masa lepas dan juga masa kini. Sayangnya, ia tidak berjaya meraih rating yang baik sepanjang tayangannya.

Hanya mampu meriah rating 2% hingga 3% sahaja pada saban episod, premis naskhah ini menutup pintunya dengan catatan rating 3.3%. Namun ia tidak mampu mengejar rekod peribadi terbaiknya iaitu 3.8%.

Apa pun, “Kairos” merupakan antara drama yang direncanakan dengan baik pada tahun ini. Jadi, jangan lupa untuk menontonnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...