Ikuti Kami:

Penonton Persoal Kelibat Skrip Terperinci Ben & William, Pihak ‘Superman Returns’ Tampil Buat Penjelasan

Penonton Persoal Kelibat Skrip Terperinci Ben & William, Pihak ‘Superman Returns’ Tampil Buat Penjelasan

Siapa yang pernah tonton rancangan hiburan keluarga di Korea iaitu “Superman Returns”? Rancangan ini membawa kisah anak-anak selebriti yang dijaga sepenuhnya oleh si ayah apabila si ibu tiada di rumah untuk beberapa hari. Kelakar habis apabila dapat lihat kekalutan geng bapa-bapa menguruskan rumah tangga selain dapat melihat keletah comel anak-anak mereka.

superman returns

Antara keluarga selebriti yang mendapat perhatian ramai buat masa ini ialah Sam Hammington iaitu seorang pelawak di Korea tetapi sebenarnya berasal daripada Australia. Kemudiannya dia bertemu jodoh dengan seorang wanita Korea dan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki yang comel iaitu William dan Bentley. Cahaya mata mereka ini berjaya memenangi hati ramai penonton sehinggakan mereka dikenali semua apabila keluar berjalan di jalanan.

Tapi agak mengejutkan apabila baru-baru ini, netizen perasan bahawa terdapat beberapa keping kertas di atas meja rumah Sam Hammington dan ianya kelihatan seperti skrip. Lagi menimbulkan tanda tanya apabila video tersebut di muat naik dan kemudiannya dipadam sebanyak tiga kali dan yang terakhir sekali di mana babak skrip itu dibuang terus daripada klip penuh.

skrip superman returns

Kepingan kertas itu dikatakan mengandungi skrip terperinci mengenai apa yang harus dikatakan oleh kedua-dua beradik itu.

9 pagi – 12 tengah hari di Kediaman Will/Ben

Ben: Ben Ben Ben~ Ben Ben Ben~

/William kecewa apabila Bentley tidak tahu cara bermain/

Will: Tidak… Ia tak menjadi…

Will: Awak tak pandai main ini.

/Will tunjukkan cara bermain/

Will: Awak perlu cakap, ‘Bunga Mugunghwa dah mekar!’

Rata-rata penonton meluahkan rasa marah kerana tidak menyangka rancangan “Superman Returns” mempunyai skrip yang terperinci untuk kanak-kanak tersebut. Mereka faham sekiranya skrip itu hanyalah terhad kepada aktiviti anak-anak selebriti tersebut ketika penggambaran tapi bukannya sehingga dialog penuh dan emosi sekali.

sam, william dan bentley

Selepas diserbu oleh penonton setia program hiburan itu, pihak produksi “Superman Returns” telah tampil dan menjelaskan mengenai kepingan kertas yang disalah erti oleh penonton sebagai skrip.

Disebabkan program ini ialah rancangan stail pemerhatian, kertas itu ialah nota yang disusun mengikut dialog sewaktu hari kejadian supaya menyenangkan kerja produksi selepas itu.

Jadi sebenarnya skrip itu merupakan catatan penulis skrip semasa penggambaran berlangsung supaya mereka dapat jadikan ianya rujukan semasa proses suntingan nanti. Macam mustahil sahaja sekiranya kanak-kanak kecil mampu mengikut dialog yang dah ditetapkan. Seperti yang anda tahu, mereka kan susah nak ikut arahan dalam jangka masa yang lama!

Sumber: Koreaboo, Edaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...