Ikuti Kami:

Penonton Persoal Babak Pendek Park Hasun Meski Antara Watak Utama ‘The Veil’, Ini Respon MBC

Penonton Persoal Babak Pendek Park Hasun Meski Antara Watak Utama ‘The Veil’, Ini Respon MBC

Baru-baru ini, “The Veil” mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan dua episod spin-off bertajuk “Möbius: The Veil” bagi menceritakan mengenai kisah tiga watak yang dilakonkan oleh Park Ha-sun, Jang Young-nam dan Jung Moon-sung.

Walaubagaimanapun, terdapat suara berbangkit mengatakan bahawa agak tidak adil bahawa Park Ha-sun yang dicanang sebagai watak utama, Seo Su-yeon bersama Namgoong Min dan Kim Ji-eun dibunuh semasa episod kelima, tak sampai separuh daripada durasi drama berkenaan.

Jawab pengarah bahagian drama MBC mengenai kritikan ini,

Seo Su-yeon pada asalnya merupakan watak yang dirancang sebagai ‘pengubah permainan’ yang melalui perubahan mengejutkan pada pertengahan cerita dan meninggalkan drama berkenaan.

park hasun the veil

Malah dia menegaskan bahawa Park Ha-sun sendiri tidak kisah dengan hal berkenaan dan bersetuju kerana kepentingan watak tersebut. Malah dia berterima kasih kerana pelakon wanita itu menerimanya dengan hati terbuka,

Ia merupakan watak yang sukar dan penting bagi menyambungkan setiap watak dalam NIS, jadi saya perlukan pelakon boleh dipercayai dengan bakat lakonan yang baik.

Sekadar pengetahuan, Park Ha-sun memainkan watak Seo Su-yeon iaitu seorang bekas wartawan berita antarabngsa yang bertugas dengan NIS kini. Dia kemudiannya dibunuh meskipun merupakan antara suspek utama bagi insiden kehilangan Han Ji-hyuk (Namgoong Min) pada masa lalu.

Mungkin banyak lagi yang akan dirungkai mengenai Seo Su-yeon dalam “Möbius: The Veil” nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...