Ikuti Kami:

Penonton Mahukan Musim Kedua Untuk Beberapa Drama Korea Ini!

Penonton Mahukan Musim Kedua Untuk Beberapa Drama Korea Ini!

Mesti ada antara anda yang tak puas hati dengan ending beberapa drama Korea yang pernah ditayangkan sebelum ini kan? Walaupun dah bertahun-tahun berlalu, anda masih lagi menunggu dengan sabar musim kedua drama berkenaan sebab nak penjelasan lebih lagi dengan jalan ceritanya.

Sebab itulah, nah senarai drama yang menjadi sebutan ramai sebagai naskhah yag WAJIB mempunyai musim kedua untuk meleraikan segala persoalan.

1. “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”

musim kedua scarlet heart

Drama ini membuatkan ramai penonton yang sedih dengan endingnya dan ramai yang dah mengadu tentangnya. Kalau anda ingat, kedua teraju utama telah terpisah dalam dunia yang berbeza iaitu seorang di masa lampau dan masa sekarang. Babak terakhir seperti memberi isyarat sambungan apabila Wang So berjanji di akan mencari Haesoo dan bersatu semula.

2. “Hotel del Luna”

musim kedua hotel del luna

Naskhah ini meninggalkan semua penontonnya tertanya-tanya kerana kesudahnnya yang terbuka. Dengan kehadiran satu watak baru iaitu Kim Soohyun sebagai pemilik ‘Hotel Blue Moon’, ramai penonton musykil apakah kaitan lelaki tersebut dengan Jang Manwol. Ada juga yang meminta musim kedua drama ini membawa kisah pengurusan hotel yang baru dengan persekitaran yang lain pula.

3. “Memories of the Alhambra”

musim kedua memories of the alhambra

Penonton memang bengang habis bila tengok kesudahan drama yang satu ini. Macam mana, dia boleh kata tamat walhal tiada siapa tahu sama ada watak Hyunbin hidup atau pun tidak? Park Shinhye yang turut mencarinya semasa akhir tayangan dan disertai oleh satu bayangan lelaki yang tiba-tiba muncul dengan memegang pistol. Tak tidur malam penonton memikirkannya!

4. “Extraordinary You”

musim kedua extraordinary you

Walaupun kesudahan naskhah ini boleh diterima ramai penontonnya tetapi mereka merasakan masih banyak lagi persoalan yang belum dijawab. Lagi best, sekiranya penonton dapat lihat pasangan Daoh dan Haroo memasuki fasa kehidupan yang baru bersama watak-watak yang lain. Mungkin juga ada halangan lain yang perlu ditempuhi oleh pasangan itu daripada tulisan komik ‘Secret’.

Ada tak drama lain yang anda nak sambungan kepadanya?

Sumber: Kpopmap

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...